CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Gantung Diri Di Pokok Mangga

24-12-2022 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2316| Komen: 21

Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai mengantung dirinya pada sepohon pokok mangga bersebelahan rumahnya di Kampung Jeli Dalam, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd. Shamsuri Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memaklumkan kejadian tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah hari.


Gambar hiasan

Menurutnya, anggota polis terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa yang berusia 26 tahun berada dalam keadaan tergantung pada pokok mangga.

“Bagaimanapun, tiada saksi bebas yang melihat mangsa menggantung dirinya. Mayat mangsa telah menjalani proses bedah di unit forensik Hospital Jeli di sini kira-kira pukul 4.35 petang tadi (semalam),” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Mohd. Shamsuri, hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam badan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 24-12-2022 12:37 PM
Takziah kpd keluarga
Quote Decaffeinated 24-12-2022 01:39 PM
hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam badan

Sebab kematian ni konsisten ka dgn cara kematian.

Btw why pilih pokok mangga ya?


Quote sharlenetexas 24-12-2022 01:54 PM
Pokok pauh ringan ke?

Quote white_musk 24-12-2022 01:59 PM
pokok rambutan banyak semut
Quote syamzana 24-12-2022 02:18 PM
Decaffeinated replied at 24-12-2022 01:39 PM
Sebab kematian ni konsisten ka dgn cara kematian.

Btw why pilih pokok mangga ya?

pokok tu je ada tepi rumah dia kot
Quote edayildiz 24-12-2022 02:40 PM
takziah..
sucide will nvr fix anything for everyone
Quote CiliPadiSedap 24-12-2022 03:16 PM
Pokok pauh tiada kerengga.
Quote menjad 24-12-2022 06:45 PM
Itu jer pokok yang kukuh. Kang gantung kat pokok pisang tak jadi mati pulak.

Takziah
Quote cikmouse 24-12-2022 06:57 PM
Adoiiiii..kes gantung diri lgk....
Quote Kitty_catz 24-12-2022 10:57 PM

siapa kata? umah mak meols penuh kerengge
Quote Mina2215 24-12-2022 11:01 PM
Abis la pokok mangga tu. Pasni tebang jela pokok tu
Quote sharlenetexas 24-12-2022 11:04 PM
syamzana replied at 24-12-2022 02:18 PM
pokok tu je ada tepi rumah dia kot

Iols rasa tu pokok pauh telur. Biasanya tanam kat laman rumah.


Quote sharlenetexas 24-12-2022 11:05 PM
Edited by sharlenetexas at 24-12-2022 11:06 PM
CiliPadiSedap replied at 24-12-2022 03:16 PM
Pokok pauh tiada kerengga.


Ada la uols. Penat tau duk spray sarang kerengga ni. Deyols suka cantum2 daun jadi bulat mcm bola buat sarang dalam tu. Paling menyampah bila budak2 berbulu ni pandai panjat tapi tak reti turun


Quote otai_g 24-12-2022 11:06 PM
Aku ingt berlaku kat indon sekali kat negeri serambi mekah da. Tension sbb kos sara hidup meningkat agaknya. Kerajaan da bertukar pun sama jer
Quote sharlenetexas 24-12-2022 11:07 PM
menjad replied at 24-12-2022 06:45 PM
Itu jer pokok yang kukuh. Kang gantung kat pokok pisang tak jadi mati pulak.

Takziah

Memori daun pisang pulak.


Quote syamzana 24-12-2022 11:10 PM
sharlenetexas replied at 24-12-2022 11:04 PM
Iols rasa tu pokok pauh telur. Biasanya tanam kat laman rumah.

sedapnya pelam ni buat jeruk takpun mkn colek.
trg kelate penang mmg byk pokok pelam ni tanam kat laman2 rumah.
umah iols kat kg pun ada 2/3 pokok pelam telur ni.
Quote CiliPadiSedap 24-12-2022 11:32 PM
Kitty_catz replied at 24-12-2022 10:57 PM
siapa kata? umah mak meols penuh kerengge

tak sembur ridsect memanglah ada kerengga
Quote sharlenetexas 24-12-2022 11:35 PM
syamzana replied at 24-12-2022 11:10 PM
sedapnya pelam ni buat jeruk takpun mkn colek.
trg kelate penang mmg byk pokok pelam ni tanam kat  ...

Bestnya makan colek buat jeruk.


Quote dudaberhias 24-12-2022 11:38 PM
Entah la harap2 bukan seban banjir. Boleh gila jadinya. Dah la barang2 rosak. Ada yang hilang segalanya pun ada.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051134 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top