Enam belas askar terbunuh di Timur Laut terpencil India hari ini, apabila trak tentera yang mengangkut mereka terbabas ketika menuruni cerun gunung yang curam dan terhempas, kata tentera.
Kemalangan di negeri Sikkim ketika trak yang membawa askar berkenaan di kawasan pergunungan berhampiran sempadan China. "Misi menyelamat dilancarkan serta-merta, dan empat askar yang cedera sudah diselamatkan dan dibawa dengan helikopter," kata pegawai Tentera India dalam satu kenyataan dipetik AFP, mengesahkan tiga pegawai dan 13 askar maut akibat kecederaan parah dalam kemalangan itu. Sikkim mempunyai beberapa jalan altitud tinggi yang paling berbahaya di India, terutamanya di sepanjang sempadan terpencil Himalaya dengan Tibet.
Tentera Israel bunuh rakyat Palestin dalam pertempuran Tebing Barat Kemalangan yang membabitkan kenderaan tentera berhampiran sempadan luas dengan China dan Pakistan menyebabkan ramai askar terkorban setiap tahun. Pada Ogos lalu, enam anggota tentera terbunuh dalam kemalangan di Kashmir yang ditadbir India apabila kenderaan berperisai yang membawa mereka terjatuh dan terhumban ketika menuruni lereng gunung. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT