Oleh : Fyruz Hanna Jam tangan merupakan aksesori wajib bagi lelaki. Maka dengan itu, kamu harus tahu hukum penting bagi mengenakan jam tangan sebagai pelengkap gaya.
Selain ia dapat memberitahu anda mengenai waktu, ia juga sememangnya berfungsi sebagai representasi karekter anda. Berikut merupakan kesalahan yang biasa dilakukan oleh lelaki yang memakai jam: 1. Guna satu jam di semua acara/majlis
Jam tangan dibuat dari pelbagai model dan bahan. Sebagai contoh strap (tali jam) dari bahan getah sesuai untuk acara outdoor dan sport. Ia tidak menyerap bau anda yang berkemungkinan menyebabkan jam tangan anda berbau. 2. Terlalu banyak kombinasi aksesori Jam sendiri sememangnya satu aksesori, namun jika dipadankan dengan pelbagai pula aksesori ia akan memberikan karekter anda yang bercelaru. 3. Terlalu longgar Jam tangan bukan gelang. Pastikan ia tidak longgar mahupun terlalu ketat di pergelangan tangan anda. Untuk menentukan jika jam anda terlalu longgar adalah, jika anda goyangkan jam anda, kepala jam akan berpusing dan bergerak ke bawah. 4. Ukuran jam tidak sesuai dengan tangan Jika anda mempunyai lengan yang besar, jangan kenakan jam yang berkepala kecil. Dan begitu juga sebaliknya. -CARI Infonet.
|
ADVERTISEMENT