CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Jiran Warga Emas Dengan Kayu Kerana Buat Bising

23-12-2022 09:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 855| Komen: 2

Seorang lelaki memukul jirannya yang didakwa membuat bising di luar kediamannya di sebuah apartment di Kampung Baru dengan kayu, semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada jam 10.30 pagi, lelaki berusia 81 tahun bersama rakan wanita berada di Blok A tingkat satu didatangi suspek, 69, dengan membawa kayu dan terus memukulnya bahagian mata dan belakang badan.


Gambar hiasan

Menurutnya, suspek kemudian terus melarikan diri masuk ke rumahnya manakala mangsa dan rakannya juga turut melarikan diri naik ke tingkat atas.

"Mangsa kemudian diiringi anaknya ke balai polis untuk membuat laporan polis.


"Akibat kejadian itu dia mengalami kecederaan bengkak di bahagian mata sebelah kanan dan sakit di bahagian belakang badan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, susulan itu, pada jam 2 petang, polis menahan suspek dan merampas kayu itu dikediamannya.

"Suspek yang ditangkap mengaku terbabit dalam kes yang disiasat dan kejadian dipercayai berpunca kerana suspek tidak puas hati dengan mangsa yang dikatakan membuat bising di luar rumah suspek dengan bercakap kasar.

"Suspek tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah.

"Suspek dipercayai sedang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Bahagian Psikiatrik Hospital Ampang namun pihak polis masih sedang mengesahkan dakwaan itu dengan pihak Hospital Ampang," katanya.

Katanya, suspek juga membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
 

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 23-12-2022 11:47 PM
Kemain org tua 81 tahun, ada gelpren ka?



Quote nononcrux 24-12-2022 08:53 AM
kau dah la tak kerja, jadi samseng plak.. rosak otak org tak ade aktiviti ni eh.. sbb takde bende nak pk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.027867 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top