Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memohon maaf kerana gagal bersama rakyat ketika negeri itu dilanda banjir buruk, sejak Ahad lalu. Menteri Besar Terengganu itu mengakui kesal kerana tidak dapat bersama dengan mangsa banjir dalam tempoh kritikal terutama dari 18 hingga 21 Disember. Loading FB Post...
"Saya mohon jutaan kemaafan kepada mangsa (banjir) dan rakyat Terengganu di atas yang telah berlaku. "Saya faham tidak boleh memberikan apa juga alasan dan memperbetulkan keadaan mengenai ketiadaan saya di sisi rakyat Terengganu pada waktu sebegini. "Saya juga faham apa juga penjelasan, ia tidak akan memberi apa-apa makna. "Walaupun saya berada di luar negara, (saya) sentiasa meneliti suasana yang berlaku setiap masa," katanya pada sidang media, menerusi Facebook miliknya, pada Jumaat. Loading FB Post... Ahmad Samsuri berkata, beliau meneruskan perjalanan ke luar negara selepas mendapati berlaku penurunan mangsa banjir di peringkat awal pada Jumaat dan Sabtu lalu. "Untuk rekod juga, saya ingin maklumkan saya ada bertemu mangsa banjir fasa pertama iaitu pada 9 dan 10 lalu," katanya. Ahmad Samsuri bagaimanapun menegaskan bahawa beliau sentiasa meneliti perkembangan semasa banjir sepanjang tempoh ketiadaannya di Terengganu ketika itu. Awal minggu ini, menteri besar itu menerima kecaman di media sosial selepas timbul dakwaan belliau berkunjung ke New Zealand bersama keluarganya. Sumber: mStar
|
ladybugz replied at 23-12-2022 10:02 PM
you have made a big mistake sbnrnya. cannot simply say sorry. bgtau la apa plan utk bantu rakyat yg ...
CiliPadiSedap replied at 23-12-2022 10:38 PM
Kalau di jepun mereka letak jawatan.
Perwira2022 replied at 23-12-2022 09:57 PM
Ok la tu dia mengaku salah & minta maaf.
matchstick replied at 24-12-2022 12:27 AM
MB ni mmg cakna je hal rakyat tganu.. mak aku ckp sblm ni ada org kmpg aku rumah terbakar malam2. Lp ...
ADVERTISEMENT