CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Ratu Cantik Miss Croatia Menangis Nak Tinggalkan Doha

23-12-2022 09:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1384| Komen: 5

Bekas ratu cantik Miss Croatia, Ivana Knoll menangis ketika meninggalkan Qatar selepas gelagatnya mencuit hati ramai peminat semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia di Qatar baru-baru ini, lapor portal berita Daily Star.


Model menakjubkan itu mendapat perhatian ramai peminat sukan semasa kejohanan tersebut selepas memukau peminat dengan pakaiannya ketika Croatia menduduki tempat ketiga. 


KICK442

Crotia yang tewas kepada Argentina 0-3 pada perlawanan separuh akhir menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Maghribi dengan keputusan 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha pada Sabtu lalu. 

Selepas menjadi tajuk utama dengan pilihan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar tubuhnya pada kejohanan itu, bilangan pengikut Knoll meningkat di Instagramnya kepada 3.5 juta tetapi dia beremosi ketika meninggalkan Doha pada minggu ini.




Italy 24 Press News

Dalam video yang dimuat naik di perkhidmatan perkongsian gambar itu, wanita tersebut dilihat mengesat air mata sambil memakai jersi Croatia ketika bersiap sedia untuk pulang.

Dia juga menulis pada gambar tersebut: “Meninggalkan Doha sangat sukar bagi saya. Kegembiraan, kesedihan, kekeliruan bercampur baur. Akan sangat merindui tempat ini.”


The Sun

Di sebalik kekecewaannya kerana meninggalkan Asia Barat, model itu menerima banyak  mesej sokongan daripada pengikutnya bersama kata-kata: “Anda datang ke Qatar sebagai model dan meninggalkannya sebagai bintang ‘super’ antarabangsa.” 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 23-12-2022 09:48 PM
memang seumur hidup takkan jejak kaki lg ke mcm mana? model menakjubkan?

Quote sharlenetexas 23-12-2022 09:51 PM
Lepas pulak pakai crop top. Teringat pulak king crop top.





Quote Perawankota 24-12-2022 04:44 AM
Tak kena tangkap ke pakai mcmtu kat sana
Quote TOPwind 24-12-2022 07:09 AM
Belakun je tu kau rohynga je ke yg pandai.
nanti adalah pak2 arab sponsor tu ini.
Quote lurve82 24-12-2022 07:34 AM
Doha panas. Ddk dlm airport dia pun blh rasa bahang tu. One day mungkin nak melawat jgk la

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058142 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top