CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Tahu Hentam Je Saya Pakai Baju Apa Masa Turun Misi Bantuan Banjir - Bell Ngasri

23-12-2022 08:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2684| Komen: 8

Gara-gara tidak memakai jaket keselamatan ketika menyertai misi bantuan banjir anjuran Yayasan Ikhlas di Pantai Timur, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri terpaksa berdepan kecaman.


Bell yang memakai jaket coklat dan topi merah, bagaimanapun menjelaskan dia hanya menaiki bot yang dipandu penduduk kampung di kawasan selamat.


IG Bell

“Ketika musibah, bukan semua benda ada persediaan. Jadi, jangan tahu hendak hentam sahaja. Daripada kalian sibuk nak tahu saya pakai baju apa, lebih baik datang dan bantu sendiri,” tulisnya dalam Instagram.

Bell juga pada masa sama mengalu-alukan orang ramai yang ingin memberikan sumbangan ikhlas terhadap mangsa banjir boleh melakukannya menerusi pertubuhan bukan kerajaan itu.


“Semoga air kembali surut dan mangsa banjir terselamat serta dijauhkan daripada musibah besar. Kalau boleh, saya hendak lihat semua orang bergembira dan tidak mahu mereka bersedih lagi,” katanya.





Penjelasan Bell itu bagaimanapun, mendapat kritikan banyak pihak, malah pemegang watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa dan 17 Puasa itu turut disarankan memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Di sebalik kecaman yang diterimanya itu, ramai turut mendoakan kesejahteraan Bell dan berharap misi murninya itu dipermudahkan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-12-2022 04:53 AM
Bahaya bell, pakai jer lah lain kali … lagi2 sungai.. terus teringat arwah anak Fauziah Nawi yg jatuh dlm sungai tu..
Quote SherryZass 24-12-2022 10:02 AM
Perawankota replied at 23-12-2022 09:53 PM
Bahaya bell, pakai jer lah lain kali … lagi2 sungai.. terus teringat arwah anak Fauziah Nawi yg jat ...

entahnya. Betul lah netizen risaukan keselamatan. Dah pergi nak bantu mangsa banjir, karang tak pasal diri sendiri jadi mangsa yg perlu diselamatkan
Quote _blackbird 24-12-2022 02:15 PM
kalau si bell ni mmg good swimmer air mcm ni ok je tak buat dia lemas, jacket keselematan tu dah jadi optional. tapi lebih elok pakai la utk elak2 tomahan / kata2 cacian
Quote heythere123 24-12-2022 06:56 PM
orang risau dekat ko la bang, bukan saje org nak nitpick. Dah kalau namanya retis memang auto tak boleh berfikir ke?
Quote ReginaGeorge 26-12-2022 04:55 PM
Vest yayasan ada. Jaket keselamatan tak sedia? Apo…. Tau la ikhlas, tp bijak sikit la. Ikhlas saja tak menjanjikan keselamatan kau kat sungai tu.
Quote dekmieDandy 27-12-2022 10:06 AM
aku ni kira reti la jugak berenang, tapi kalau naik bot camni tetaplar pakai vest

buka apa, kalau collision ke pa, buatnya pengsan dah mengagau
Quote cap_ayam 6-1-2023 09:42 AM
Safety first
Quote Markonah_7 12-1-2023 09:08 PM
Malang tidak berbau

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.207079 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top