|
Buntu dengan hubungan yang tidak berganjak ke fasa seterusnya selepas lebih lima tahun menjalin hubungan, gadis berusia 25 tahun ini meluahkan rasa kesal mengenai teman lelakinya.
Menerusi satu luahan di laman sosial, dia meminta pendapat ramai mengenai hubungannya yang seperti tiada hala tuju. Bukan setakat tidak pernah berbincang tentang ikatan pertunangan, malah kedua-dua mereka masih belum bertemu dengan ibu bapa masing-masing. Tambahnya, dia terpaksa menggunakan cara lain untuk menjadikan topik perkahwinan dalam perbincangan. Namun, dia kesal kerana maklum balas diterima daripada kekasih agak dingin.
Jelasnya lagi, terdetik di hati untuk memutuskan hubungan selama bertahun-tahun itu, tetapi terpaksa melupakannya kerana ada keserasian antara mereka. Di ruangan bebenang, rata-rata netizen memberikan pandangan mereka berhubung situasi yang dihadapi gadis tersebut. Sumber: mStar
|


gerbera.memopad replied at 3-1-2023 11:14 PM
Kalau dah 2 tahun tak pernah kenalkan dengan family menang red flag ya. Setahun lebih tu pun patut d ...

syg memang la syg tapi ehhh nk cintan cintun bertahun2 buang masa. hujung2 i digelar pmpn murah sb brtukar2 bf. da hengko pun takde nk plan masa depan. i kawen da pun, kenal 2 bulan je terus cerita psl kawen, skrg anak da 3. 

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.226323 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.