Ingin keluarga besar dan mengimpikan enam anak, Wawa Zainal berhasrat melakukan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan anak kembar pula.
Pelakon dan usahawan berusia 30 tahun itu berkata, ia sesuatu yang sangat diimpikannya, namun akur bukanlah mudah untuk mengandung, bersalin dan berpantang serta menjaga anak. "Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat. "Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba," katanya kepada Harian Metro. Dia dalam masa sama menzahirkan rasa syukur usia perkahwinannya dengan Aeril Zafrel yang mencecah 12 tahun kini semakin bahagia.
"Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata 'queen control'. "Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan. "Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga," katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT