Tular sebuah video memaparkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad memberi sedikit nasihat tentang agama dan kejayaan buat peminatnya di media sosial.
Video tersebut dimuat naik oleh @bebetterforfuture di laman TikTok dan telah berjaya mencuri tumpuan warganet. “Orang yang paling rugi adalah orang yang mengorbankan agama untuk kejayaan dunia orang lain. “Maknanya sekarang ni kita bekerja untuk siapa? kita bekerja untuk kejayaan dunia orang lain. “Orang lain yang berjaya untuk dunia, kita pula yang korbankan agama kita yang Allah bagi ni. Yang kita nak bawa ni akhir sekali kita nak bawa apa? iman dan amal kita je,” ucap Nabil.
Terkini, Nabil dilihat sering mengikuti jemaah tabligh bagi mendekatkan diri dengan agama dan mengenali islam dengan lebih mendalam. Menelusuri ruangan komen, warganet memuji perubahan Nabil yang lebih baik dan ada juga wargamaya yang mula sedar setelah leka dengan godaan dunia.
|
ADVERTISEMENT