CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keputusan Kes Saman A.Aida Dan Amelia Handerson 13 Januari Depan

23-12-2022 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 792| Komen: 1

Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan supaya pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman pelanggaran kontrak membabitkan syarikat produksi, A. Aida Production Sdn. Bhd. dan pelakon Amelia Handerson untuk memfailkan hujahan balas masing-masing sebelum atau pada 13 Januari depan.


Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ashmadi Othman yang mewakili syarikat penerbitan itu selaku plaintif ketika ditemui selepas tamat prosiding dalam kamar Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Zulqarnain Hassan.

Menurut peguam itu, pada tarikh sama, mahkamah akan menetapkan satu tarikh lain bagi keputusan kes saman tersebut.


Foto: Kosmo

Sementara itu, peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia ketika ditemui mengesahkan perkara tersebut.


Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk pengarah produksi filem A.Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.

Bagaimanapun saman melibatkan A. Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 4-1-2023 03:02 PM
All the best Amelia!!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.062025 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top