CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memandai-Mandai Je RM10 Juta, Syamsul Yusof Tak Boleh Tentukan Jumlah Saman Kepada JAWI

23-12-2022 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5494| Komen: 46

Peguam sivil daripada Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates, Hafez Zalkapli berpendapat pengarah kontroversi, Syamsul Yusof tidak boleh menentukan jumlah saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Hafez berkata, ia berikutan jumlah saman hanya boleh ditentukan oleh pihak mahkamah.

Foto: IG

"Jumlah RM10 juta tidak boleh ditentukan Syamsul. Ini kerana mahkamah yang bakal menentukannya.

"Seterusnya, kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam," katanya kepada BH Online.



Sehubungan itu, Hafez berkata, pertama, Syamsul perlu membuktikan dirinya difitnah.

"Sekiranya tiada, maka tiada kausa tindakan. Kedua, Syamsul perlu membuktikan fitnah disiarkan oleh pihak berkenaan.

"Syamsul mesti membuktikan kenyataan fitnah itu sama ada, merendahkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat, menyebabkannya dijauhi dan dihindari sehingga diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.

"Dan sama ada fitnah itu mencadangkan dia seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak jujur dari segi motif dan tindakan serta tidak berintegriti," katanya.



Kongsi lanjut, Hafez berkata, terdapat dua jenis maksud dalam ayat fitnah iaitu bermaksud biasa atau tersurat.

Hafez berpendapat, Syamsul perlu membuktikan ayat sebenar digunakan oleh JAWI.

"Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks, keadaan persekitaran, penyiaran dan keseluruhan kenyataan yang dibuat," katanya.



Terdahulu, Hafez mengulas tindakan Syamsul bakal mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap JAWI yang didakwa membongkar maklumat peribadi yang disifatkan fitnah.

Ia dipercayai membabitkan dokumen berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangga mereka, Ira Kazar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 23-12-2022 05:04 PM
Aku takut saman dia tu makan diri.
Quote lanacondor 23-12-2022 05:07 PM
Aku doa yg terbaik jela utk keluarga ni. Masing2 membuka aib sian ank2..
Quote 3chanceno 23-12-2022 06:42 PM
Syabas loyar yg beri perincian pasal hal ini..perasan bagus je si samsul nie dgn nak saman juta2
Quote meteorspeed 23-12-2022 06:45 PM
Hahah puas hati aku baca penyataan lawyer.. Gigih canang 10 juta
Quote Afifi82 23-12-2022 08:13 PM
Boleh dah solsolsol kol topinasik mintak dirt JAWI sbb 2-2 dok nak saman org juta2, khen.
Quote makcun14 23-12-2022 08:21 PM
Angkuh betol solsol, adan uker. He got schooled.nak saman juta juta tak pikir panjang
Quote Zam2alakazam 23-12-2022 08:26 PM
Isu nye perempuan aje..
Kalau dah kawen, ngaku jelah, xyah rahsia2..
Ni tak..
Gaduh dgn Family tp Jawi plak yg nak di samannye..
Quote alieyrina 23-12-2022 09:04 PM
Jawi duk diam2 pun kena sebijik
Quote AKAZ85 23-12-2022 09:10 PM
Sol2 ni pon bongok gak.. Kalau dah nikah mengaku je la.. Dah ko ngan ira tu mengedik sangat.. Benda baik.. Nak xnak sarah kena la terima.. Laki eh mampu.. Ni dok tersorok2 ntah pebende.. Bila kantoi sibuk nak saman sana sini.. Takde telur punya jantan
Quote haruslah 23-12-2022 09:13 PM
Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya (kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba (kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkang
Jiwa tak tenang
Kalah dalam menang
Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan
Quote bedahmenjuyah 23-12-2022 09:20 PM
So jawi pun boleh la saman solsol kan. Guna balik ayat loyer, seolah2 jawi dipitenah tak ada integriti etc kan?
Quote virgocircus 23-12-2022 09:21 PM
Checkmate!
Quote kucing_gebu 23-12-2022 09:24 PM
dia ingat kes mahkamah ni mcm dia buat filem kut
Quote nena9042 23-12-2022 09:47 PM
Ooo begitu. Aku ingat orang yang nak menyaman memang boleh mintak ganti rugi sesuka hati berapa je dia nak. Cumanya memang in the end dalam judgement nanti mahkamah yang akan tentukan berapa dapat.
Quote orkidorkido 23-12-2022 11:51 PM
Angkuh betul dia ni
Dari percakapannya, dari bahasa tubuhnya
Takabbur
Quote fealefea 24-12-2022 12:37 AM
Zam2alakazam replied at 23-12-2022 08:26 PM
Isu nye perempuan aje..
Kalau dah kawen, ngaku jelah, xyah rahsia2..
Ni tak..

Terasa bongok kan
Dah biasa buat penaksiran risiko, bukan jawi masalah akar umbinya tapi kau dek non sol.
Quote boojaat 24-12-2022 12:42 AM
Adakah ps boleh cek dgn majlis agama status perkahwinan sol? Kot2 dia ada hak nk cek dgn jais. Sapa tahu?
Quote Lailerthee 24-12-2022 01:01 AM
Kalau aku jd si IK ni aku pos je gambar kad nikah aku. Dapat suami pon samdol xdeclare aku sebagai isteri
Quote ezacbee 24-12-2022 03:24 AM
Rugi betul kalau IK dah kawen dgn Sol. Xdapat buat majlis kawen gah. Yg dapat kawen senyap².  Dah tu buat penafian dah berkawen. Drama sangat.


Sol².. ingat kata abg ramlee, encik nak berbini 10 pun kita pedulik hapa. Kan dah kena cepuk.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.089092 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top