CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"I Bukan Orang Gaji U,"Pramugari Tengking Penumpang Cerewet!

23-12-2022 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2174| Komen: 7

NEW DELHI – Seorang pramugari syarikat penerbangan tambang murah dari India, IndiGo dirakam menengking seorang penumpang ketika penerbangan selepas individu berkenaan dikatakan memarahi rakan sejawatnya hingga membuatkan wanita itu menangis.


Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, pramugari tersebut didengari berkata: “Jangan menuding jari ke arah saya dan menengking saya. Kru saya menangis disebabkan anda.”

Pertengkaran itu dikatakan bermula apabila penumpang lelaki tersebut meminta sandwic. Dia kemudian diberitahu seorang pramugari akan memeriksa sekiranya terdapat menu seperti diminta sebelum mula menengking kru penerbangan tersebut.


Foto: Twitter

“Cuba faham situasi kami. Terdapat troli (makanan) dan makanan yang sudah tersedia (di dalam pesawat). Kami hanya boleh menghidangkan apa yang ada (dalam pesawat),” kata pramugari tersebut.


Penumpang tersebut kemudian didengar berkata: “Mengapa anda menengking?”

“Kerana anda menengking kami. Saya minta maaf tetapi anda tidak boleh bercakap dengan kru begitu. Saya mendengar kata-kata anda dengan tenang dan dengan penuh hormat, jadi anda perlu menghormati kami juga,” jawab pramugari tersebut.

Penumpang berkenaan kemudian menengking pramugari tersebut dan mengarahkannya agar diam.

“Anda yang perlu diam. Maafkan saya tetapi anda tidak boleh bercakap begitu. Saya seorang kakitangan dan bukannya orang gaji anda,” kata pramugari tersebut.

Pertengkaran itu berakhir apabila pramugari berkenaan memakai pelitup muka dan berlalu dari tempat duduk penumpang terbabit.

Sementara itu, seorang jurucakap IndiGo berkata, isu tersebut berlaku disebabkan oleh menu yang dipesan oleh penumpang yang menaiki penerbangan itu menerusi jaringan perkongsian kod.

“Kami menyedari insiden yang berlaku dalam penerbangan 6E 12 dari Istanbul ke New Delhi pada 16 Disember 2022.

“Kami sedang menyiasat insiden itu akan sentiasa memastikan bahawa keselesaan penumpang adalah keutamaan kami,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 23-12-2022 05:01 PM
isu tersebut berlaku disebabkan oleh menu yang dipesan oleh penumpang yang menaiki penerbangan itu menerusi jaringan perkongsian kod

sebab tu acik2 kena faham makna dan implikasi terbang dgn code share ni.
Kalau rajin amik tau boleh use to your advantage contoh untuk service ke BKK you can fly on TG ticket (untuk collect Royal Orchid miles) but ride on MAS planes (for better meals) or vice versa.

Quote imransulaiman 23-12-2022 10:31 PM
Aku ingat lagi dulu masa AA mula perkenalkan beli tiket sekali dengan makanan dan minuman. Masa tu masih free seating lagi. Aku beli tiket sekali dengan makanan. Tapi masa dalam flight aku duduk seat paling belakang sebab aku orang terakhir masuk (malas nak bergasak berebut). Troli pula start dari depan. Akhirnya aku orang terakhir dapat makanan. Pramugara banyak kali minta maaf dan lepas tu dia belanja aku Coke satu tin.. Alhamdulillah rezeki
Quote Innrukia 26-12-2022 10:08 AM
kat page yg up ni semua duk komen,  India mmg layan service employees mcm hamba abdi. Biasa la masyarakat berkasta. Mcm kat Malaysia la kan t20/m40 asyik la duk hina b40
Quote boo07 2-12-2024 08:04 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:22 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote boo04 17-12-2024 01:43 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:30 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.171537 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top