PETALING JAYA – Pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mengunjungi gerai peniaga tempatan sebelum menunaikan solat Jumaat mendapat reaksi positif rakyat Malaysia.
Anwar menerusi Facebooknya berkongsi suasana ketika beliau singgah makan tengah hari di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini. Perkongsian tersebut memaparkan kedatangan beliau di gerai Sup Meletup sangat diraikan penduduk setempat malah netizen menyifatkan ‘rutin’ beliau sebelum solat Jumaat itu secara tidak langsung membantu mempromosi perniagaan peniaga-peniaga kecil.
“Syabas, meletup rezeki perniagaan kalian kat sana,” kata Abdul Rasud Mohamad. “Cara ni boleh majukan perniagaan tempatan secara tak langsung,” ujar Nerris Ling pula. “Terbaik PM10, makan kat gerai je. Sokong peniaga kecil,” komen seorang lagi netizen. Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan Anwar menjamu selera di restoran AnNUR Tomyam yang terletak di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. – CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 23-12-2022 06:10 PM
Anwar sejak zaman jadi student activist dah bergelumang dgn benda2 gini jadi dia tak kekok.
Haters ...
che-cikL replied at 26-12-2022 09:32 PM
Org lelaki sekeliling iols, Abah, suami, Abang2, sepupu semua gi sembahyang Jumaat makan kat gerai j ...
becir replied at 27-12-2022 12:35 AM
I yg ketinggalan keretapi atau he hasnt mentioned apa targets to be achieved lepas jadi pm?
stingerbumpy replied at 27-12-2022 06:45 AM
Bukan keww dia dah sebut in general antara priority utamanya dlm memikul tanggunjawab serta am ...
becir replied at 27-12-2022 12:35 AM
I yg ketinggalan keretapi atau he hasnt mentioned apa targets to be achieved lepas jadi pm?
ADVERTISEMENT