CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mampu Menangis Di Tepi Bucu- Dah Ubah Suai Wira RM40 Ribu, Tenggelam Dalam Banjir Pula

23-12-2022 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3715| Komen: 40

Besut: Hanya mampu menangis di sisi kereta. Itu yang berlaku sebaik Tuan Mohd Fazzell Tuan Ahmad Sabri, 28, melihat kereta Proton Wira miliknya yang diubahsuai dengan kos RM40,000 ditenggelami banjir di Kampung Alur Keladi di sini, Isnin lalu.


Menurutnya, banjir kali ini paling teruk dialami biarpun saban tahun kawasannya dilanda bencana sama ketika musim tengkujuh.

"Banjir mula berlaku pagi Isnin dan ketika itu air hanya paras tayar kereta saja tetapi kira-kira jam 8 malam, air semakin tinggi dan mula masuk ke bahagian dalam kereta.


Foto: Harian Metro

"Saya kemudiannya pindahkan kereta ke lokasi lebih tinggi sebelum saya bersama ibu bapa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selama dua hari.


"Paras air setinggi tiga meter di luar rumah, manakala dalam rumah kira-kira semeter dan ini adalah banjir paling serius kerana sebelum ini di bahagian luar rumah hanya setakat paras lutut saja dan air juga tidak naik di tempat kami letak kereta," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Tuan Mohd Fazzell, Proton Wira kesayangannya itu diubahsuai sejak lima tahun menggunakan wang simpanan dari gaji bulanannya.

Katanya, Proton Wira itu diubahsuai dengan pintu kereta boleh dibuka dan diangkat ke atas, sistem bunyi dan aksesori di luar dan dalam bahagian kereta.

"Sekarang kereta saya sudah rosak termasuk enjin dan bahagian dalamnya selain sudah tidak dapat dihidupkan ketika saya pergi ke tempat itu selepas banjir mula surut pada Rabu.

"Susah hati melihat keadaan kereta kesayangan yang kerap dibawa menyertai program kereta dan sudah mendapat 123 trofi kemenangan melalui 'autoshow' kereta, kini sudah rosak dan tersadai dek banjir," katanya.

Menurutnya, fokusnya kini untuk membeli keperluan penting dahulu seperti tilam baharu untuk keselesaan ibu bapa dan perkakas rumah lain yang sudah rosak dalam bencana itu.

"Untuk kereta biarlah dahulu, ada rezeki lebih nanti saya akan baiki kerana untuk baiki dan jadi seperti sebelum ini memerlukan kos yang sangat tinggi," katanya.

Sebelum ini, Tuan Mohd Fazzell kerap berkongsi video mengenai keretanya itu di akaun TikTok dan mendapat perhatian warganet.

Terbaharu, perkongsian mengenai keretanya ditenggelami banjir juga mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan musibah itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 23-12-2022 04:30 PM
mak aii 40000
terendam begitu sahaja
Quote Decaffeinated 23-12-2022 04:54 PM
pintu tu selamat tak kena air sebab boleh angkat ke atas kan? kira tercapai lah objektif

Quote prince_marhaen 23-12-2022 05:17 PM
SIANNN.. dapat selamatkan pintu je lah bang... ehehehehe
Quote matamata 23-12-2022 05:20 PM
Banyak menang pertandingan
Quote ninja boy 23-12-2022 05:20 PM
Haiya 40k sepatutnya angkat myvi baru
Quote HabukBesi 23-12-2022 05:21 PM
lepas ni boleh beli/ubah suai kereta jenis 4x4 pula kalau air naik boleh juga redah banjir
Quote Lagubestbest 23-12-2022 05:23 PM
cikatilia replied at 23-12-2022 04:30 PM
mak aii 40000
terendam begitu sahaja

ok la tu banding mitsubishi evo rege 400K.
Quote salimrock 23-12-2022 05:29 PM
Decaffeinated replied at 23-12-2022 04:54 PM
pintu tu selamat tak kena air sebab boleh angkat ke atas kan? kira tercapai lah objektif

syukur....
Quote salimrock 23-12-2022 05:40 PM
kasihan juga, tp aku yakin, orang hobi mcam ni orang yg berada, lepas CNY siap la repair tu...
Quote mbhcsf 23-12-2022 05:42 PM
isk kalau dah 40 K ubahsuai cost, might as well get a new car ....isk..mahalnya ubah suai ye.
Quote vespa_oren 23-12-2022 05:44 PM
minat org berbeza beza
tapi aku tetap pilih kereta mahal dari modified kereta murah
Quote shernazz 23-12-2022 06:13 PM
Mmg nanges le..
Rm40k kau.....
Quote acikhan 23-12-2022 06:20 PM
rm40k boleh buat rumah saiz 20x20 tau
Quote teen_angelJB 23-12-2022 06:30 PM
Hmmm...nak kata sia²..mmg sia²..
Lu pikir la sendiri bro..
Menung la hadap keta tu..kot² dtg lagi rezeki lain..
Quote Kangkung1M 23-12-2022 09:34 PM
Edited by Kangkung1M at 23-12-2022 09:41 AM
shernazz replied at 23-12-2022 06:13 AM
Mmg nanges le..
Rm40k kau.....

Esok lusa Ebit Lew dtg la bawak cash RM40k bagi kat saudara ni utk repair kereta.

Huhu dasat sistem audio kereta dia. Mesti jiran tetangga sujud syukur sebab lepas ni dah takde bunyi bising yg menjengkelkan.

[ig]https://www.instagram.com/p/Cmc8Yp2DLHj/?hl=en[/ig]






Quote Jitu 23-12-2022 11:31 PM
erk smpi 40k perabis bt modified kereta
membazirnya

Quote riena3321 23-12-2022 11:35 PM
pintu gunting
Quote daisy71 23-12-2022 11:40 PM
Orang lelaki kalau dah minat 1 benda macam tu la.. Tak kira la apa bendanya tu..
Quote cmf_jeangrey 23-12-2022 11:52 PM
Kesian pulak...budak muda dan hobinya...selagi x mencuri atau ambik rasuah, kau buatlah ikut apa yg kau suka...kalau nk repair pun no point dek sbb rumah kau dekat dgn sungai...unless kau kena modify sekali rumah buat lift garage atau beli rumah lain yg tinggi dr kwsn banjir...kalau x mampu jugak everytime monsoon datang kau park kereta kau somewhere else...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.042818 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top