Aliran trafik sesak apabila berlaku kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer (KM) 42.9 arah Kuantan (Gombak – Bukit Tinggi), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.
Lebuh Raya Pantai Timur menerusi hantaran Facebook rasminya berkata, trafik sesak sejauh 1.8 km dari KM 41.4 sehingga ke lokasi kemalangan. Katanya, trafik kini sesak dan semua lorong terhalang susulan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan tersebut. Pada masa sama, warga Facebook juga turut mengutarakan pendapat mereka supaya pihak pengurusan cakna rentetan kemalangan kerap berlaku di kawasan kejadian. Sehubungan itu, ramai pihak yang mendoakan keselamatan mangsa-mangsa terlibat dan berharap trafik kembali pulih dengan segera.
Dalam kemas kininya, pihak LPT memaklumkan bahawa kerja pembersihan dijangka siap jam 6 petang ini. Sumber: Kosmo
|
swimswim replied at 23-12-2022 04:04 PM
Selalunya kalau sesak dkt karak, aku potong dkt genting sempah tembus btg kali. Ni btg kali pun ada ...
Decaffeinated replied at 23-12-2022 05:51 PM
How does that help? Kalau boleh potong ikut Batang Kali pun tetap kena lalu Karak
swimswim replied at 23-12-2022 07:06 PM
Karak tu short distance je nak masuk genting sempah. Sblm ni kalau balik cuti, jem dr tol gombak s ...
Decaffeinated replied at 23-12-2022 07:13 PM
then it makes sense kalau jem dari tol gombak. kalau jem kat karak memang tak boleh nak elak.
ADVERTISEMENT