CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Asli New Zealand Marah Dengan Sekuel Filem Avatar

23-12-2022 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2500| Komen: 19

Kemunculan sekuel filem Avatar: The Way of Water mencetuskan kemarahan Orang Asli di New Zealand yang mengkritik naskhah tersebut hanya menumpang glamor semata-mata.

The Washington Post melaporkan, mereka berang kerana filem arahan James Cameron itu sebenarnya mengangkat isu penjajahan dan gambaran perkauman serta budaya yang salah.

Pengkritik, Cheney Poole, 27, berkata, adegan yang memerangkap filem ini muncul ketika penggambaran Na’vi iaitu spesies asing yang diilhamkan daripada beberapa suku Orang Asli di seluruh dunia.


IMDb

Katanya, puak Na’vi yang menjadi keseluruhan watak utama dalam filem ini banyak dipengaruhi dari suku Maori iaitu Orang Asli Polinesia di New Zealand.


Poole yang berasal dari Christchurch, New Zealand menyifatkan penggambaran filem itu hanya menunjukkan satu lagi contoh untuk memuliakan perbuatan menjajah.

“Filem ini cuba meromantikkan idea tentang apa yang dialami oleh suku Maori dan kebanyakan budaya Orang Asli di seluruh dunia, bahkan menghina penderitaan yang dilalui mereka,” tegasnya.

Cameron menggelarkan filem ini sebagai Avatar kerana ia merupakan sebuah fiksyen sains yang menceritakan semula sejarah Amerika Utara dan Selatan ketika zaman penjajahan awal.

Menerusi temu bual dengan Unilad, baru-baru ini, dia mengambil berat respons Orang Asli New Zealand dan berusaha membuat penambahbaikan menerusi filem seterusnya.


IMDb

Filem Avatar pertama diterbitkan pada 2009 dengan teknologi 3D dan visual yang menakjubkan sehingga berjaya menjadi filem yang mencatat kutipan tertinggi sepanjang masa.

Selepas 13 tahun, filem yang menelan kos lebih AS$350 juta (RM1.5 bilion) itu mencipta kejayaan memberangsangkan dengan rekod kutipan AS$175 juta (RM775 juta) pada hari pertama ditayangkan, 14 Disember lalu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-12-2022 03:06 PM
Meolls masuk panggung pkl 2.30 pm, keluar 5.40 cuolls mampoo?
Sempat la meolls tido setengah jam awal dulu... ekekekek
Quote Simunggu 23-12-2022 03:07 PM
siapa kuat silakan menjajah...sejarah 200 thn mungkin akan berulang kembali di masa hadapan...yg kuat akan menjajah...sbbnya, resources semakin terhad..org lemah kena terima hakikat ini...
Quote mbhcsf 23-12-2022 03:10 PM
hmm Ketuanan Maori mula bersuara.

tapikan bila bercakap soal penjajahan and what not , sapa yg menonton trevor noah punya you tube sempena perlantikan Rishi Sunak as the British PM hari tu , memang nak ketawa, padu perliannya.
Quote HabukBesi 23-12-2022 05:29 PM
avatar the last air bender je yang terbaik
Quote nolya 23-12-2022 07:30 PM
Edited by nolya at 23-12-2022 07:33 PM

Menteri Pariwisata d Ekonomi Kreatif  Indonesia  dgn bangganya mengklaim kalau filem Avatar yg terbaru ini terhasil drp garapan sutradaranya dgn komentar spt berikut:

"Namun, siapa sangka bahwa salah satu inspirasi dari film Avatar The Way of Water justru datang dari suguhan alam Indonesia. Sandiaga Uno melalui laman Instagram resminya @sandiuno menyebutkan bahwa panorama Indonesia menjadi salah satu inspirasi James Cameron dalam menggarap filmnya. Seterusnya, "Sutradara film, James Cameron, mengakui sendiri bahwa suku Metkayina dalam film sequel tersebut terinspirasi dari suku Bajo Indonesia yang hidup di rumah panggung dan mampu menyelam dengan kurun waktu lama di dalam air," tulis Sandi.

Hebat penerimaan dan tanggapan orang Indonesia terhdap fiem ini kan, berbeza dgn orang2 New Zealand.

Satu je I nak kata, dlm film Avatar ni ada lambang tv Indosiar iaitu Ikan Terbang dn ada ikan Nun, (paus) yg dianiaya dn dibunuh demi mengambil minyak ikan trs, konon sbg bahan pengawet muda. Zalimnya manusia.

Quote Zack8hunter 23-12-2022 07:38 PM
aku rasa Avatar 2 ni lg best dr Avatar 1.. sbb ada element family tu.. leleh mata masuk habuk
Quote Zack8hunter 23-12-2022 07:40 PM
nolya replied at 23-12-2022 07:30 PM
Menteri Pariwisata d Ekonomi Kreatif  Indonesia  dgn bangganya mengklaim kalau filem Avatar yg terba ...

depa claim juga ke? kita pun boleh claim sama la mcm suku bajau kt Sabah tu..
Quote sharlenetexas 23-12-2022 07:43 PM
mbhcsf replied at 23-12-2022 03:10 PM
hmm Ketuanan Maori mula bersuara.

tapikan bila bercakap soal penjajahan and what not , sapa yg meno ...

Apa heols cakap?


Quote nolya 23-12-2022 07:48 PM
Edited by nolya at 23-12-2022 07:53 PM
Zack8hunter replied at 23-12-2022 07:40 PM
depa claim juga ke? kita pun boleh claim sama la mcm suku bajau kt Sabah tu..

Yes, they do. Suku Bejo depa dgn suku Bajau Malaysia, I rasa sepupu sepapat kot... Tak nak ketawalah, nanti mereka marah. But one thing I kagum bila anak muda tu masuk dlm mulut ikan paus trs, semerta teringat kesah nabi  Yunus yg ditelan oleh ikan Nun.
Quote adelea 25-12-2022 11:39 PM
Tak teringin nak tengok citer pelik2 camni
Yg first tu pon aku x tengok
Quote ultra78 26-12-2022 07:53 AM
adelea replied at 25-12-2022 11:39 PM
Tak teringin nak tengok citer pelik2 camni
Yg first tu pon aku x tengok

Avatar ni pet project james cameroon. Dia buat ikut selera dia aje tak peduli apa orang lain cakap. Sebab tu filem 3 jam lebih tapi cerita sama mcm first. Bezanya kali ni lagi dia sumbat lagi elemen nature sampai mcm tonton national geographic versi fantasi. Bagi aku la,kalau nak tengok pasal nature baik aku tengok dunia yang betul,bukan imaginasi.
Quote supernaturalee 26-12-2022 07:57 AM
Zack8hunter replied at 23-12-2022 07:38 PM
aku rasa Avatar 2 ni lg best dr Avatar 1.. sbb ada element family tu.. leleh mata masuk habuk

Haah setuju
Lebih deep

Tp elemen penjajahan tu ye
Bkn di nz je
Di us tu pun sm
Asal penduduk bkn Caucasian
Mai penjajah2 ni hbs diambik tnh2 org red indian
X ke sm dlm avatar ni
Cuma james Cameron tunjuk yg penduduk asal menang
... for now

Mcm forummer kt ats tu jgk mention
Bila resources makin limited....
Yg mn yg bijak dan berkuasa akn take over
Tgl lg how they conquer tu blh jd subtle, blh jd violence

Quote zorrro_03 26-12-2022 08:52 AM
Edited by zorrro_03 at 26-12-2022 08:54 AM
mbhcsf replied at 23-12-2022 03:10 PM
hmm Ketuanan Maori mula bersuara.

tapikan bila bercakap soal penjajahan and what not , sapa yg meno ...

link plssss

btw dah nak tgk way water ni 3d kat tgc baru ni.  tiba2 terpaksa pula keluar.  tunggu orang reda sikit lah.  
Quote Suchi 26-12-2022 09:22 AM
Lum ada kesempatan nk tgk lg
Quote adelea 26-12-2022 10:21 AM
ultra78 replied at 26-12-2022 07:53 AM
Avatar ni pet project james cameroon. Dia buat ikut selera dia aje tak peduli apa orang lain cakap ...

Tu laaa ,
Aku cuba tau nak tgk avatar 1

Dah cuba , tapi tgk trailer je pon x menarik hati aku lgsg

So aku wonder filem ni box office …
Heheh maybe aku ni kategori 1% yg mmg tak kan tgk …
Tak pe laa baik tgk puss in boots ..
Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:30 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.063317 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top