Tindakan seorang lelaki membaling ayam beku menyebabkan kekasihnya parah di kepala dalam kejadian di sebuah kedai menjual daging di Bekasi pada hujung minggu lalu.
Insiden itu berlaku selepas mangsa berusia 26 tahun mengakui dia sudah menjalin hubungan cinta baharu dengan lelaki lain, menyebabkan suspek gagal mengawal emosi akibat cemburu. “Saya memeberitahunya saya sudah mempunyai teman lelaki lain kerana tidak mahu lagi diganggunya. “Namun, saya tidak menyangka bekas teman lelaki akan mengamuk dan sanggup memukul kepala saya dengan ayam beku,” kata mangsa kepada Kompas.com. Mangsa menceritakan, bekas teman lelakinya datang ke kedai tempat dia bekerja dan bertengkar sambil mengeluarkan pisau.
Mangsa bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan suspek beredar dengan menaiki motosikal. Beberapa jam selepas itu, kedua-duanya bergaduh menerusi aplikasi Whatsapp menyebabkan suspek sekali lagi datang ke tempat kerja mangsa. Ketika di sana, kedua-duanya saling bertengkar menyebabkan suspek membuka peti beku, lalu mengambil seekor ayam beku lalu membalingnya ke arah kepala mangsa. Insiden itu menyebabkan kepala mangsa mengalami koyakan dan pendarahan. “Sebelum itu, saya juga dipukul menggunakan topi keledar dan disiram air,” ujar mangsa. Suspek kemudiannya melarikan diri dan mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sumber: Utusan
|
supernaturalee replied at 23-12-2022 02:28 PM
kenapa kau tak elakkkk
green~tea replied at 23-12-2022 02:30 PM
mende apa clash sampai mengamuk2 pukul...
move on je lah..
edayildiz replied at 17-12-2024 02:28 PM
alamak chuols punya avvy ustad mana
green~tea replied at 17-12-2024 02:35 PM
Haji Hady mirza katanye...
I tak tau kewujudan dia pun.. saje pakai avvy ni sebagai tanda sokong ...
edayildiz replied at 17-12-2024 04:58 PM
knp ngn kaka code..kena LOd ke..sheols masih melukis ke kt thread sana
green~tea replied at 17-12-2024 05:10 PM
Masih berkarya
Aiols peminat kakacode
ADVERTISEMENT