CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salt Bae Disiasat FIFA Sebab Masuk Padang Ketika Skuad Argentina Julang Piala Dunia

23-12-2022 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2964| Komen: 27

Salt Bae disiasat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung dakwaan dirinya yang mendapat kebenaran berada di padang ketika skuad Argentina meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia di Stadium Lusail, Doha di Qatar.


Cef selebriti dengan nama sebenarnya Nusret Gokce, 39, berasal dari Turkiye itu menyiarkan beberapa gambar bersama trofi Piala Dunia di media sosial selepas perlawanan akhir pada Ahad lalu.


IG Salt Bae

Cef yang memiliki rangkaian restoran stik mewah itu didapati bergambar dengan Lionel Messi dan beberapa pemain Argentina lain.

Apa yang mengejutkan adalah kehadirannya sejurus penyampaian trofi itu menjadi persoalan satu dunia, sekali gus menjadi subjek siasatan FIFA selepas mendapat kritikan meluas.

Selepas melakukan semakan, FIFA mengambil ketetapan bagaimana seorang individu mendapat akses masuk ke padang selepas majlis penutup di Stadium Lusail pada 18 Disember lalu.


IG Salt Bae

“FIFA sedang melakukan siasatan bagaimana individu mendapat akses yang tidak sepatutnya ke padang selepas majlis penutupan di Stadium Lusail pada 18 Disember.

“Tindakan dalaman yang sewajarnya akan diambil,” kata kenyataan FIFA semalam.

Awal bulan ini, Salt Bae telah menyiarkan gambar-gambar pada Instagram bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino selain bekas bintang dan legenda Brazil, Ronaldo, Cafu dan Roberto Carlos. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-12-2022 01:47 PM
Heols ni mmg suka mencapub tayang muka jongos ke?

Quote azurro 23-12-2022 02:04 PM
Dia langsung tiada kena mengena, dia chef masakan, dan dia pulak org turki bkan argentina. Kalau sahabat messi belambak lg shabat messi luar sana. Tak kena langsung pada tmpatnya.
Quote asfaz 23-12-2022 02:12 PM
Messi yg berejam main pun tak berlengas/berminyak muka macam salt bae tu. Tu perisa asli utk masakan dia ke
Quote MissVixen 23-12-2022 02:14 PM
Muka messi lagi ada nur dari salt bae.
Quote gerbera.memopad 23-12-2022 02:17 PM
Muka dia memang berminyak, berlengas gitu ke?
Quote Skuau 23-12-2022 02:24 PM
satgi dia kuarkan kad UNHCR...x bole dakwa....
Quote cikatilia 23-12-2022 02:30 PM
kulit dia mcm berlengas
Quote mamajawie 23-12-2022 02:39 PM
muka saltbae ni makin lama makin kepam..awal2 dulu nampak gak ensem
Quote tikusmontok 23-12-2022 02:53 PM
mamajawie replied at 23-12-2022 02:39 PM
muka saltbae ni makin lama makin kepam..awal2 dulu nampak gak ensem

Wap daging kot
Quote KamikuP 23-12-2022 03:07 PM
Telinga messi mcm leprechaun di hujung pelangi
Quote takkizawa 23-12-2022 04:01 PM
Siap pegang world cup. hayoooo. Mmg tak malu ehh..
Quote JunkMail 23-12-2022 04:06 PM
azurro replied at 23-12-2022 02:04 PM
Dia langsung tiada kena mengena, dia chef masakan, dan dia pulak org turki bkan argentina. Kalau sah ...

Dia bff dgn presiden FIFA katanya

Anyway, sedap sangat ke steak kat restoran dia sampai harga beribu-ribu?
Quote HabukBesi 23-12-2022 05:24 PM
ada duit semua boleh
Quote Decaffeinated 23-12-2022 06:57 PM
takde isu lah. world cup pun dah habis.

percaya cakap aku

Quote ezacbee 23-12-2022 07:37 PM
Muka berminyak, produk mana la dia guna. Takan produk oem.
Quote teen_angelJB 23-12-2022 08:14 PM
Gigih tengok bola bersuit
Quote Rahah 23-12-2022 08:22 PM
Case closed... nampak macam close jer dengan president FIFA tu...
Quote edayildiz 23-12-2022 09:34 PM
salt bae ni kan..dia kan duit byk..nape dia x g pakai braces ek..kesian wife or gurlpren dia..
ke xde kt sana..nak i rekemen  doc ksygn i dr vincent..roger roger sapa nk pasang braces area shah alam / kl
Quote dani-rox 23-12-2022 10:33 PM
rihanna dan team jerman tersenyum sinis

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.307273 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top