CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Makan Kat Mamak, Ternampak Tikus 'Ratah' Ayam, KKM Pantas Bertindak Minta 'Details' Restoran

23-12-2022 02:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3527| Komen: 30|Original author: Tatod

Sumber Twitter


Bagi sebahagian besar masyarakat di Malaysia, restoran mamak adalah tempat makan yang sering menjadi tumpuan apatah lagi ia dibuka 24 jam, sekali gus memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menjamu selera pada jam 3 pagi.

Bagaimanapun, aspek kebersihan berkemungkinan sukar untuk dioptimumkan sekiranya perniagaan beroperasi selama 24 jam kerana tiada masa untuk melakukan pembersihan secara terperinci.

Menerusi perkongsian rakaman di Twitter, Zoey Hanafiah memuat naik rakaman memualkan yang memaparkan seekor tikus berada di 'food display', tempat untuk meletakkan ayam goreng.




Sumber Twitter

Kejadian yang berlaku di hadapan mata itu sudah semestinya menyebabkan individu yang berkongsi video berkenaan hilang selera makan.

Apa yang lebih membimbangkan, perkara itu akan menyebabkan masalah kesihatan kepada pengunjung yang menikmati makanan di restoran tersebut.

Sumber Twitter

Peka dengan isu kebersihan restoran di media sosial, laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia kemudian meminta Zoey Hanafiah menyalurkan maklumat lanjut bagi memudahkan pihak mereka untuk mengambil tindakan ke atas restoran tersebut.

Meninjau di ruangan komen, warga maya berharap agar video yang dikongsikan itu bukanlah hanya sekadar 'content' semata-mata dan agar dia membuat aduan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berwajib.

Ada juga yang berang dengan sikap segelintir pengguna media sosial yang menjadikan perkara itu seolah-olah sesuatu yang lawak dikaitkan dengan Remy, watak dalam filem animasi Ratatouille, sedangkan hal membabitkan kebersihan premis dan makanan adalah isu serius. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 23-12-2022 02:50 PM
sedap juga tu...
Quote nononcrux 23-12-2022 02:56 PM
turn off dah lama la kat mamak ni.. geli bluekk
Quote mbhcsf 23-12-2022 02:56 PM
hehehehehe horrible hygiene, sekiranya sahih.

tapi yes teringat remy  ratatouille
Quote krustykrab 23-12-2022 03:00 PM
Elehhh janji konon...lps 2-3 minggu mamak jgk la ko carik.
Quote Belibis 23-12-2022 03:02 PM
Janji melayu....esok berlonggok jugak masuk mamak..kedai melayu,baru lepak setengah jam,dah datang pungut cawan,lap meja,sapu bawah kaki..
Quote jfq 23-12-2022 03:08 PM
Yg kkm lembap pulak bab maggots kat dalam botol sauce kat sushi king tu
Quote Skuau 23-12-2022 03:27 PM
Belibis replied at 23-12-2022 03:02 PM
Janji melayu....esok berlonggok jugak masuk mamak..kedai melayu,baru lepak setengah jam,dah datang p ...

tu..la pasai..duk berjam pung...mamak xkan halau...walau sekadar pekena..mee goreng bangla & teh tarik dhaka...
Quote toynme 23-12-2022 03:29 PM
barred since 2001
Quote kakikuDibibirmu 23-12-2022 03:31 PM
Yang sebenarnya tikus tu tukang masak di dapur
Quote chandrahusin 23-12-2022 03:33 PM
Food court dpn HQ KKM pun kotorr
Selamba je penuh org food court tu
Aku dh takde selera nak singgah makan
Quote Goodluckdontcry 23-12-2022 03:48 PM
Edited by Goodluckdontcry at 23-12-2022 03:52 PM

Seumur hidup den setakat hari ni, xde makanan mamak msk dlm hidup den..ahh biarlah org nak kata den apa, tp den geli... kehkehkeh

Tp den mkn mee mamak yg kakak den msk... Sbbnya kakak den self proclaimed mee die msk sbg mee mamak tp den tgk sm jer mcm mee yg den goreng...kehkehkeh kakak den ni poyo juga rupanya...
Quote antikorok 23-12-2022 03:59 PM
Ratatouille tersengih sinis
Quote orkidorkido 23-12-2022 04:26 PM
Eeuuwwww
Tapi mamak memang kotor, tengok kuku sorang-sorang masa dia letak gelas air di meja korang tu
Quote wirazam 23-12-2022 04:46 PM
Bagus team kkm yg respon tu
Quote Decaffeinated 23-12-2022 05:38 PM
dah tu ko hengat restoran tom yam nasi berlauk semua tu bebas tikus ka dek?

welcome to malaysia
Quote R2D2 25-12-2022 09:39 PM


nama restoran terkenal dirahsiakan
Quote kakikuDibibirmu 25-12-2022 09:41 PM
Melayu lagi pengotor siap hidang lauk guna air basuh pelir
Quote edayildiz 25-12-2022 09:48 PM
Edited by edayildiz at 25-12-2022 09:49 PM

i xblh mkn mamak..kalau pergi mnm air jer
air pun failed la..ice kurang
kalau nk suro i mkn mee goreng ns goreng xpernah lg..xtau la kan..hati manusia berbolak balik..

tp boss kt ofis tu cerry berry..lama jgk la..pastu doc yg check dia tu ckp dlm perut dia ada bakteria dr kedai mamak..blh caya ke doc ckp gitu? camna doc tau bateria tu dr mamak
Quote Delifrance 25-12-2022 11:12 PM
R2D2 replied at 25-12-2022 09:39 PM
nama restoran terkenal dirahsiakan

Kat twitter nampak deme tulis restoren ariff

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.415862 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top