CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Ayah Layan Anak 'Kerja Bagus' Macam VIP, Anak 'Kerja Biasa' Kena Siapkan Semua Kerja Rumah

23-12-2022 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5742| Komen: 64

Orang kata hubungan adik-beradik ibarat 'air yang dicincang tak akan putus'.

Bagaimanapun, tidak semua hubungan adik-beradik itu dilalui dengan penuh kebahagiaan dan keseronokan.


Sebaliknya, ada juga terpaksa bermasam muka gara-gara layanan tidak sama rata daripada ibu bapa.

Demikian luahan yang dikongsi di laman Twitter mengenai seorang anak yang diberikan layanan berat sebelah hanya kerana adik-beradik lain mempunyai kerjaya yang bagus.


Gambar Hiasan

"Masa kecil-kecil dulu main sama-sama adik-beradik. Bercomot-comot sama-sama, kena rotan sama-sama.

"Tapi bila dah besar, abang kakak ada kerjaya dan berkahwin dengan somebody yang ada status, terus ada perbezaan darjat dalam rumah.


"Terutamanya waktu Hari Raya," luahnya namun tidak mendedahkan pekerjaannya serta kerjaya adik-beradik lain.

Menurutnya, ketika hari lebaran dia terpaksa bertungkus-lumus mengemas rumah dan 'membentangkan karpet merah' untuk abang dan kakak yang pulang ke kampung.

"Aku tak suka sangat sambut raya. Abang dan kakak dah berjaya bila datang rumah ni macam VIP (orang yang paling penting).

"Kena kemas bilik untuk mereka, kena siapkan makan minum semua.

"Padahal dia ahli keluarga sama macam aku? Tak kan sebab aku keria biasa-biasa aku kena entertain mereka?" soal si adik.

Dia kemudian bercerita tentang dirinya dikerah tenaga untuk kerja-kerja rumah sedangkan adik-beradik lain hanya bersenang-lenang.

"Aku pun kerja jauh, merantau, tapi mak suruh aku balik awal sebab abang dan kakak nak balik kampung, jadi kena siapkan semuanya.

"Mereka nanti datang terus duduk menyembang dan makan-makan, tak masuk dapur langsung.

"Selepas tu duduk dekat ruang tamu 'berdiva' dan mengadu rumah kampung panas," luahnya lagi yang tidak berpuas hati.

Menyedari dirinya seperti dianaktirikan, dia mempersoalkan sama ada keluarganya sahaja yang melalui situasi berkenaan.

"Aku tak rasa keluarga aku je macam ni, mesti keluarga orang lain pun ada adik-beradik tak sedar diri macam ni kan?" soalnya.

Dakwanya lagi, dia jugalah yang dipanggil untuk mengemas setelah selesai sesi makan bersama keluarga.

"Lepas makan tinggal je, tak kemas tak buat apa pun, terus keluar berjalan," katanya.

Walaupun ketika ini dirinya hanya dipandang sebelah mata, namun yakin hanya dia yang akan menjaga ibu bapanya apabila usia mereka sudah lanjut.

"Percayalah cakap aku. Anak-anak yang macam abang dan kakak ni tak akan jaga orang tua nanti.

"Yang selalu kena suruh macam-macam ni, yang kena herdik sebab tak berjaya sangat ni la yang sanggup jaga mak ayah masa sakit tua nanti.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatkan si adik supaya berkeras mempertahankan haknya.

"Cuba jangan balik raya tahun depan. Balik raya kedua je. Jangan balik awal, biar mereka kena buat semua benda sendiri. Dont put yourself too low.

"Faham nanti mesti fikir kasihan ibu kena buat semua seorang, tapi kalau itu saja caranya, teruskan juga walaupun terpaksa.

"Tak payah balik raya. Biar yang berjaya je buat persediaan raya untuk parent," kata sebilangan warga maya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 23-12-2022 09:42 AM
kalau tak boleh menyumbangkan duit...menyubangkan tenaga lah...jangan merunggut pula
Quote Samerosie 23-12-2022 09:46 AM
Dah kau sorsng je yg tinggal single lagi, siapalah nak diharapkan lagi.  Kalau mcm tu next raya balik raya kedua ke ketiga.  Tak mau pulakan.
Quote kelip2_07 23-12-2022 09:50 AM
abis klu dh kaya xleh msk dpr la..nk kena jd tetamu jer?duit pn ntah2 xhulur
Quote Samerosie 23-12-2022 09:53 AM
Edited by Samerosie at 23-12-2022 09:55 AM
Simunggu replied at 23-12-2022 09:42 AM
kalau tak boleh menyumbangkan duit...menyubangkan tenaga lah...jangan merunggut pula


Aku setuju ni.  Mak aku duduk dgn adik yg single bila nak raya ke apa kitarang tong2 la bg duit suruh adik panggil cleaner kemas rumah etc.sebab mmg raya kat apartment dia je. Masak aku beli bahan dan masak kat rumah dia atas kerahan head chep mak aku hahaha dia lak prefer masak rendang sendiri dan tak suka guna blender.  Umur dia dekat 80 tahun old school renyah dan penat tapi ikut je la kan.  Adik perempuan aku yg single tu mmg tak minat memasak or mengemas so dia lalalalala je la.
Quote mesmerize 23-12-2022 10:05 AM
Tak payah buat la dik kalau rasa terpaksa..
raya je kat bandar sorang2..
maaf bukan tak menyebelahi ko, tapi aku pun macam ko bila raya aku kena kerah diri buat kerja memasak untuk sekeluarga, mengemas lepas masak.. sakit pinggang lepas buat kerja semua tu sebab kena berdiri lama, tak duduk diam. tapi aku buat sebab mak aku.. dia tak suruh pun.. sebab kalau aku tak buat nanti dia buat semua dia jatuh sakit sebab penat sangat.
Nak harapkan adik beradik ipar duai anak2 saudara yang dah besar sukarela tolong memang susah lah. Semua lagi suka lepak tengok tv main handphone. Mak aku pun tak reti nak suruh2 diorang.. takut anak2 kesayangan n menantu dia kecik hati agaknya. Takkan aku yang adik ni nak kerah abang2 kakak2 aku tolong kan?
So pointnya di sini.. kalau tak rela,  jangan buat.
Quote tri-max 23-12-2022 10:12 AM
ni global issue, mana2 bangsa dan adat pun mmg ada diskriminasi anak2 yg "VIP" dgn yg tarap peon
so best advice ialah buat setiap benda atas niat kau enjoy nak buat
kemas rumah parents sbb kau sendiri nak mak bapak selesa
masak sebab kesian parents da tua nak ke dapur
basuh pinggan mangkuk yg berlambak2 kat dapur tu sbb kau happy nak tgk dapur bersih
jgn kecilkan scope hati ... lapangkan hati mesti nampak happy
who are yusss kan saja kakak abang yg datang bwk angin kentut tu, derang pun bukan ada rumah lain yg nak terima perangai diva kekwat kalah artis tu

Quote nononcrux 23-12-2022 10:17 AM
Simunggu replied at 23-12-2022 09:42 AM
kalau tak boleh menyumbangkan duit...menyubangkan tenaga lah...jangan merunggut pula

jgn la underestimated mcm tu, dia pon kerja juga bkn ddk rumah goyang kaki.. rezeki org lain-lain, masa ni dia mungkin belum capai apa yg dia nak. bab layanan double standard ni lah boleh jadi isu adik beradik ibarat berat sebelah.. ya kalau pon dia kerja bukan bagus, dia pon tak susahkan mak bapak & adik beradik.. adil ke kena layan adik beradik taraf VIP. dia pon ade hati & perasaan, mkn ati weyh kalau dibeza-bezakan. lain la dia ni biawak hidup.
Quote Siput_Sawah 23-12-2022 10:20 AM
hidup ni ada pilihan kan? jangan biar diri kita jadi lemah dan dibuli walaupun oleh family sendiri. kalau dah rasa tak boleh tahan berundur lah diri!! tepuk dada tanya lah hati..........bukan hati family hang tu yer hati hang laa!!
Quote edayildiz 23-12-2022 10:21 AM
i feel u..tp mmg yg single kena berpenat sikit..
i pernah gaduh ngan kakak2 i yg dh kawen..mmg senang kerja dorg xyh tlg kt dapur..
i dah basuh pinggang dah nk siap..dorg dtg tmbh..tmbh mau i xmrngamuk..pastu i dh xtahan..i ckp kt ayh i..i xnk dah sambut rayabke..balik sama datenngan sibling lain sbb nanti i yg kena tlg kt dapur..mak i ckp sbb u ank dara kena la buat kerja lebih..dah kemas umah xpandai..tlg kt dapur pun tamo..pastu i ckp la dah ada helper nape nk kena tlg
penat kot..pastu kan time raya dah pakai cantik kena basuh kt sinki...yg kakak i live kt ig..motipp? pjg nk tulis tp kita hanya manusia biasa..ini time raya je la jadi
Quote nononcrux 23-12-2022 10:22 AM
sepatah 2 kata, kalau kau masih kesiankan mak yg tua tu.. buat la dgn hati terbuka & ikhlas.. ambil ikhtibar jgn beza-bezakan kehidupan org dlm diri.. kita nampak depan mata dah tak boleh nak ubag tp kita ubah la utk anak cucu kita masa akan dtg..
Quote tintin22 23-12-2022 10:39 AM
ak suka basuh pinggan tu je
gilir2 la,bukan susah kalau kerjasama
kalau dasar M,hmmmm
Quote afie_m 23-12-2022 10:41 AM
tapi tak patutlah yg berjaya dilayan vip...pilih kasih namanya tu
Quote supernaturalee 23-12-2022 10:49 AM
rancangan pilih kasih ke ni

danish nor tersenyum sinisssss



Quote zehra2 23-12-2022 10:54 AM
baru ni aku kena covid. dpt dari budak kat skolah. . mak pulak jangkit dari aku.. terus tahap 4 n warded kat putrajaya.
terus skrg mak dalam jagaan adik aku nan gemilang cemerlang dan terbilang tu.
Alhamdulillah mak semakin pulih dan buat fisio.
tp aku risaukan iparku sebab kena uruskan mak.
jadi aku upahkan maid. cuma ipar ku rasa tkde privacy.. maid dok tgkat bawah je.
tingkat atas private utk depa anak beranak. camne tu..  ikut dia lah.
tp aku rindu mak kat rumah  ni..
nak ulang2 tengok mak.. masyallah jauh nya putrajaya tu. tak larat nk drive 3 jam..
dengan hujan sepanjang jalan.. dlm keta pun hujan airmata jugek
Quote HabukBesi 23-12-2022 10:57 AM
Simunggu replied at 23-12-2022 09:42 AM
kalau tak boleh menyumbangkan duit...menyubangkan tenaga lah...jangan merunggut pula

senang hidup ada kasta juga eh dalam keluarga
Quote nomie 23-12-2022 11:02 AM
so far sy buat je semua semampu sy, bukan nk please sesiapa, tp ehsan kita untuk kedua ibu bapa selagi ada nyawa mereka..
Quote otai_g 23-12-2022 11:28 AM
Mcm ni la kitar kehidupan. Org kaya lain layanan dia. Bkn di rumah je, tp di setiap tmpt spt showroom kereta. Pg showroom Honda pki selipar jepun ko ingt sa tu nak layan. Walhal dia x Tau slip gaji sebulan aku da mcm 6 bulan dia -> mimpi
Quote white_musk 23-12-2022 12:18 PM
Juga yang makan gaji vs yang berniaga

selalunya yang makan gaji kurang sikit berbanding yang berniaga...
ya lah ada yang berpandangan berniaga lebih bagus dari makan gaji...

akak geng makan gaji saja
Quote shernazz 23-12-2022 12:24 PM
Ooo gitu je
Kat rumah mertua biasanya siapa ada baby je akan diberi pelepqsan sekejap...tolong2 bila baby tido je apa okay je..
Kalau pilih kasih ikut pangkat ni takde lah...
Sama je semua...semua pakat masuk.dapur...
Kalau dapur penuh..lain2 kemas rumah atau layan anak buah yang lain..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.071225 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top