CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanyut Sejak November Di Tengah Laut- Tak Ada Yang Tolong, Tak Tahulah Apa Nasib Beratus Pelarian Rohingya Atas Bot

23-12-2022 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5835| Komen: 75

NEW DELHI – Sebilangan besar pelarian Rohingya dikhuatiri mati di laut, lebih tiga minggu selepas bot dinaiki mereka terkandas di luar pantai India dengan sekurang-kurangnya 160 penumpang berdepan kelaparan, demikian menurut ahli keluarga dan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Stesen penyiaran CNN melaporkan bahawa  seorang keluarga pelarian yang berada di atas bot tersebut, Rezuwan Khan berkata, dua kanak-kanak dan seorang wanita meninggal dunia selain penumpang yang masih hidup tidak mempunyai air, makanan atau ubat.

“Kami amat bimbang dan mahu mereka diselamatkan. Semakin sukar untuk mereka terselamat,” kata Rezuwan sambil menambah,  kali terakhir dia bercakap dengan kapten bot itu  adalah pada Ahad lalu.


FotoL Getty Images


Bot yang membawa semua pelarian itu kini berada berhampiran dengan wilayah India di Kepulauan Andaman dan Nicobar  di Teluk Bengal. Ia dilaporkan hanyut sejak akhir November lalu apabila enjinnya gagal berfungsi.

Ketika itu, bot tersebut difahamkan  sedang menuju ke Malaysia dari Bangladesh, di mana sekitar satu juta pelarian Rohingya berlindung di beberapa kem pelarian selepas melarikan diri dari Myanmar.

Jurucakap Asia Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Babar Baloch berkata, terdapat beberapa laporan tidak disahkan menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 orang telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Beliau turut menggesa kerajaan India dan Sri Lanka untuk membantu menyelamatkan semua pelarian di atas bot.

“Tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa dan mencegah lebih banyak kematian. 

“Kami mengulangi amaran bahawa kegagalan negara-negara untuk bertindak menyelamatkan mereka akan menyebabkan lebih banyak tragedi dan kesengsaraan manusia berlaku setiap hari,” katanya.

Rayuan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Tentera Laut Sri Lanka menyelamatkan sebuah bot yang membawa 104 pelarian Rohingya.

Tambah Baloch, PBB percaya kira-kira 2,000 pelarian Rohingya telah mengambil risiko dengan melarikan diri menggunakan jalan laut pada tahun ini sahaja.

Kebanyakan mereka melarikan diri dari kem-kem pelarian yang sesak di Cox’s Bazar, Bangladesh, di mana keadaan di situ amat teruk dan kaum wanita berisiko dengan serangan seksual serta keganasan. – CARI

Sumber:Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 23-12-2022 09:27 AM
adoi.. tuju msia lg? rasanya kalau mereka bersopan, mesti diterima kat sini
Quote Samerosie 23-12-2022 09:28 AM
“Kami mengulangi amaran bahawa kegagalan negara-negara untuk bertindak menyelamatkan mereka akan menyebabkan lebih banyak tragedi dan kesengsaraan manusia berlaku setiap hari,” katanya.
_____________
And.....? Who cares?  Kenapa la nak guilt trip negara org kau unhcr kan kaya, gi la korang cari selamatkan.
Quote nazurah 23-12-2022 09:36 AM
Samerosie replied at 23-12-2022 09:28 AM
“Kami mengulangi amaran bahawa kegagalan negara-negara untuk bertindak menyelamatkan mereka akan me ...

Kan... iols setuju. Depa patut berunding mcmana depa kasi tanah Palestine kat Yahudi... pi la beli sebidang tanah di mana-mana negara Afrika yang miskin tu dan jadikanlah negara Rohingya. Tak payah nak jadi pelarian kat negara orang.
Quote greantea 23-12-2022 09:38 AM
dah elok2 ada tanah mcm bangladesh bagi, g dok ataih bot. nasip ampa la
Quote Buritan 23-12-2022 09:50 AM
nazurah replied at 23-12-2022 09:36 AM
Kan... iols setuju. Depa patut berunding mcmana depa kasi tanah Palestine kat Yahudi... pi la beli ...

Bg aku laa rohibgya patut pi palestine.. sbb aku rasalaa rohingya je yg mkn yahudi ni.. membiak byk..
Quote emera 23-12-2022 09:51 AM
Diorg tau org malaysia bodoh2 belake sbb tu semua nak mai sini.
Quote Buritan 23-12-2022 09:52 AM
nazurah replied at 23-12-2022 09:36 AM
Kan... iols setuju. Depa patut berunding mcmana depa kasi tanah Palestine kat Yahudi... pi la beli ...

Afrika ko ckppp.. bangladesh pun depa tarak mo.. inikan plk afrika mana plk
Quote mawarkhayalan99 23-12-2022 09:52 AM
bolayan jela uolsss
Quote Cokoro 23-12-2022 09:54 AM
Edited by Cokoro at 26-12-2022 08:18 AM

Deletedddddd
Quote nazurah 23-12-2022 09:56 AM
Buritan replied at 23-12-2022 09:52 AM
Afrika ko ckppp.. bangladesh pun depa tarak mo.. inikan plk afrika mana plk

gali lubang jek la bagi depa masuk kalau demanding sangat... elok la bior kat laut gitu jadi gipsi. kalau nasib baik mendarat la kat pulau sentinel utara tak jauh sangat pun dari india. tengok depa ngap org pulau tu atau orang pulau tu yang ngap depa


ehh situ pun banyak pulau takde orang... hantar situ ajelah
Quote Simunggu 23-12-2022 09:57 AM
org Islam sana sini pelusuk dunia hidup mcm sampah....palestine, rohigia, pelarian mindano,
Quote akusukaq 23-12-2022 09:58 AM
Siapa suruh menempah maut, dah tau tak selamat mengapa nak cuba jgk.
Quote Buritan 23-12-2022 10:01 AM
nazurah replied at 23-12-2022 09:56 AM
gali lubang jek la bagi depa masuk kalau demanding sangat... elok la bior kat laut gitu jadi gipsi ...

Pi la rempat pulau takde org.. ni demand sgt plk.. aku suggest rohingya pi mendarat ke usa terus laa.. jd omputih.. berlagak sgt pun eh
Quote edayildiz 23-12-2022 10:02 AM
jgn dtg malaysia..cukuplah yg dh ada..skrg i xblh beza melayu ngan roghinyaa..rupanya melayu mix roghnya
kalau ye pun nak laki ober the sea cari yg belah turkiye sana ok la jgk
Quote edayildiz 23-12-2022 10:04 AM
Buritan replied at 23-12-2022 10:01 AM
Pi la rempat pulau takde org.. ni demand sgt plk.. aku suggest rohingya pi mendarat ke usa terus l ...

awl lg kena reject
Quote Buritan 23-12-2022 10:06 AM
edayildiz replied at 23-12-2022 10:02 AM
jgn dtg malaysia..cukuplah yg dh ada..skrg i xblh beza melayu ngan roghinyaa..rupanya melayu mix rog ...

Anak aku mesti sound aku kalo aku pakai serebet.. sebijon rupe rohingya dia ckp.. huwaaaa
Quote missbigrockstar 23-12-2022 10:08 AM
Menyampah. Semua yg datang mesti destinasi nak ke Malaysia. Maaflah tiada dasar kemanusiaan lagi. Rakyat kami lagi nak difokus dgn mcm2 bencana sekarang. Kalau siapa pi tolong mmg tongong lah. Semoga yg lain2 pun hanyut. UNHCR Msia cepatlah diarah ditutup. Kalau nak tolong, bawa pi rumah staff NGOs ni semua.
Quote edayildiz 23-12-2022 10:13 AM
Buritan replied at 23-12-2022 10:06 AM
Anak aku mesti sound aku kalo aku pakai serebet.. sebijon rupe rohingya dia ckp.. huwaaaa

haha bertabah la.. dlu kalau selebet org ckp mcm bibik indon
Quote anakkerengga 23-12-2022 10:14 AM
Edited by anakkerengga at 23-12-2022 10:40 AM

Td ada maklumat dr coast guard sri lanka bgtau yg bot ni dah karam.. mereka cuba selamatkan tp tak sempat… maklumat ni sahih ke tak.. ntahlah.. harap jdkan pengajaran agar takde lagi yg nak dtg malaysia. Aku selalu komen kat youtube diaorg yg malaysia tak terima rohingya.. tp diaorg tak blh terima. Diaorg padam komen aku. Diaorg tak blh terima yg kita ni tak suka pd diaorg. Sbb tu rohingya ni tak sedar diri dan masih dtg ke sini.. sbb tu kerajaan malaysia kena lbh tegas mcm india buat skrg. Berminggu2 bot rohingya tu tersadai dlm perairan india.. tp kerajaan dia buat bodoh je. Yg dia tolong sblm ni pun just bg mknn dan bw bot tu ke perairan indonesia.. indonesia pun tak layan dah.. harap krjn baru ni tegas lah… kalau kita masih terima rohingya, puak2 ni takkan berhenti dtg ke malaysia sama ada guna jln laut atau darat… bebal betul bangsa ni.. sbb tu minta sedekah mcm gangster

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.258555 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top