CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sampai Tembus Tengkorak! Rakan Sekelas Tikam Murid 12 Tahun Di Kepala Dengan Pengikir Logam

23-12-2022 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 873| Komen: 3

Seorang murid sekolah menikam rakan sekelasnya yang berusia 12 tahun dengan pengikir logam sehingga menembusi tengkoraknya dalam pergaduhan kecil.

Gambar tular di media sosial menunjukkan bahagian kiri kepala mangsa, Muhammad Antar Muhammad, ditikam dengan pengikir tersebut, yang juga disiarkan oleh media tempatan di Mansoura, Mesir. 

Difahamkan, objek tersebut menembusi kepalanya sebanyak lima sentimeter menyebabkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama lima jam di mana sebahagian tengkoraknya terpaksa dibuang dan digantikan bagi merawat kecederaannya itu. 


Foto: Daily Mail

Jurucakap Hospital Kecemasan Universiti Mesir berkata, objek tersebut berjaya dikeluarkan dan mangsa sedang dipantau di wad unit rawatan rapi. 


Doktor juga memuji orang awam yang menghubungi perkhidmatan kecemasan tidak cuba mengeluarkan objek tersebut sehingga mangsa dibawa ke hospital di mana ia dikeluarkan secara profesional. 

Doktor berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada mangsa akan mengalami kesan kecederaan berpanjangan akibat dari kejadian itu. 

Sementara itu, polis sedang menjalankan siasatan dan percayai suspek lain yang terbabit dalam kejadian itu juga melibatkan suspek bawah umur. -CARI

Sumber: Daily Mail

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 23-12-2022 09:27 AM
wow. ganasnya budak 12 tahun

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.111110 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top