CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murahnya Mydin Jual Ameera RM28.50 Je

23-12-2022 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4779| Komen: 47

SHAH ALAM - Pasar raya terkemuka tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) antara peruncit yang menawarkan harga termurah bagi minyak masak iaitu serendah RM28.50 bagi lima kilogram (kg).


Sementara itu, menurut tinjauan Sinar Harian di tiga lagi pasar raya besar lain sekitar Lembah Klang mendapati bahawa minyak masak bagi lima kg masih dijual dengan harga yang sama atau sedikit murah dari yang ditetapkan kerajaan iaitu RM30.90.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, harga minyak masak Ameera itu dijual dengan harga rendah kerana ia dibuat atas jenama Mydin sendiri.


Foto: Sinar Harian

“Kami berani letakkan dengan harga murah memandangkan minyak masak Ameera ini merupakan Pengeluar Peralatan Asal (OEM) bersama Mydin. Ia dikeluarkan atas jenama Mydin sendiri.


“Jadi, kami tidak perlu bayar kos pengiklanan, penjenamaan dan sebagainya untuk mempromosikannya. Oleh sebab itu ia boleh dijual dengan harga yang sebegitu berbanding jenama yang lain.

“Selain itu, kami juga tidak mengambil untung yang terlalu banyak dengan penjualan minyak masak ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada 1 Disember, harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Disember 2022 hingga 7 Januari 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi 3kg dan RM30.90 bagi 5kg.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, penetapan harga itu berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia (CPO).

Ulas Ameer, bagi minyak masak jenama lain, harga masih dijual dengan harga sama atau sedikit rendah mengikut ketetapan kerajaan.

Ditanya mengenai kemungkinan untuk menurunkan harga minyak, beliau berkata, ia adalah tertakluk kepada pengumuman kerajaan dan juga purata harga minyak sawit mentah.

“Barang (minyak) ini kena ikut harga pasaran. Kalau kerajaan umum turun, jadi kita kena ikut. Kalau naik, kita juga terpaksa naikkan harga. Pembekal akan ikut arahan daripada kerajaan,” ujarnya.

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan agar orang ramai dapat membuat pilihan bijak dengan membandingkan harga terlebih dahulu sebelum membelinya. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 23-12-2022 08:56 AM
terbaik Mydin..kami mesti pileeehhhhh!!
Quote jejaka_hensem 23-12-2022 09:07 AM
Ok ke minyak jenama ni?sesetengah tu,ada yg berbau.
Selalu beli alif tak pun seri murni jah
Quote margo20 23-12-2022 09:12 AM
Aku beli minyak brand naturel so bila memasak tu catu catu la sikit hahaha
Quote Thunderclouds 23-12-2022 09:26 AM
Aku beli brg2 saji. Org felda kna la support product felda
Quote nurul_akmar 23-12-2022 09:28 AM
aku skang beli minyak yg murah je... x pilih jenama
Quote FOTHER-MUCKER 23-12-2022 09:33 AM
Tapi hairanlah negara Malaysia pengeluar minyak sawit kedua terbesar tetapi minyak masak mahal.
Quote FOTHER-MUCKER 23-12-2022 09:35 AM
nurul_akmar replied at 22-12-2022 05:28 PM
aku skang beli minyak yg murah je... x pilih jenama

Bahaya tu nanti terbeli minyak masak kitar semula.
Quote Nnasda53 23-12-2022 09:41 AM
Iols biasa guna saji atau aliff.
Quote mizruncing 23-12-2022 09:51 AM
jejaka_hensem replied at 23-12-2022 09:07 AM
Ok ke minyak jenama ni?sesetengah tu,ada yg berbau.
Selalu beli alif tak pun seri murni jah

alif ni baru tau cina punya rupanya
Quote MistrezHermanaz 23-12-2022 09:54 AM
salu beli Alif, rasa mcm di desa nan permai gitu bila memasak
Quote Mary_jane 23-12-2022 09:55 AM
Adehhhhh jenama minyak masak rupanya.
Quote fofuler 23-12-2022 10:08 AM
Alif cina punya? Bukan ke sime darby punya
Quote tri-max 23-12-2022 10:32 AM
alif kan sime darby punya
terang2 logo kat botol tu
Quote shernazz 23-12-2022 10:35 AM
jejaka_hensem replied at 23-12-2022 09:07 AM
Ok ke minyak jenama ni?sesetengah tu,ada yg berbau.
Selalu beli alif tak pun seri murni jah

Alif ni dolu ada jual2.pes.masak2 tau
Dia ada jual.pes.masak sayur.goreng..
Iols.slalu beli sebab sedap...tak.mcm.adabi
Pastu kejap je ada di pasaran..lepas tu takdak dah..
Sayang betul...
Quote nb_17 23-12-2022 10:46 AM
Lah minyak masak...ak igt aku neelopa hahahah
Quote HabukBesi 23-12-2022 11:12 AM
kena makan rebus-rebus jela lepas ni.. baru sihat
Quote edayildiz 23-12-2022 11:17 AM
xbeli jenama xknl
ameera lmk meniaga mnyk pulak ke
Quote jejaka_hensem 23-12-2022 11:17 AM
mizruncing replied at 23-12-2022 09:51 AM
alif ni baru tau cina punya rupanya

Yeke sis?minyak dia cantik,xde bau bila goreng sama mcm seri murni tu
Quote jejaka_hensem 23-12-2022 11:21 AM
shernazz replied at 23-12-2022 10:35 AM
Alif ni dolu ada jual2.pes.masak2 tau
Dia ada jual.pes.masak sayur.goreng..
Iols.slalu beli sebab  ...

Iols tak pernah guna pes alif.selalu beli pes tomyam dgn nasi goreng adabi.
Pernah beli pes asam pedas jenama apa tah,hitam betul kuah dia.terus buang,takut nak makan

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.162827 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top