CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyenggara Paip Dikhuatiri Lemas Jatuh Dari Tingkat 5 Air Terjun

23-12-2022 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1477| Komen: 10

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari tingkat lima air terjun ketika menyelenggara saluran paip di Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang.

Kejadian menimpa pekerja syarikat kontraktor penyenggaraan paip, Abdul Wahab Mat Sulaiman, 27, dari Kampung Durian Telor, Jertih itu dilaporkan kepada bomba, kira-kira jam 4.02 petang tadi.



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerteh, Muhammad Tarmimi Che Musa, berkata sewaktu kejadian, mangsa dikatakan sedang melakukan kerja-kerja membaiki saluran paip di taman rekreasi berkenaan.

"Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih termasuk anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikerah ke lokasi kejadian. Situasi semasa air di lokasi pencarian agak mencabar dan kerja-kerja mencari serta menyelamat (SAR) mangsa sedang dijalankan," katanya.




Mohd Tarmimi berkata, setakat ini, Abdul Wahab masih belum dijumpai dan operasi SAR dihentikan pada jam 7 petang sebelum disambung semula 7 pagi esok.

Katanya operasi turut disertai tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sembilan anggota polis.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 23-12-2022 09:15 AM
Uish cantik airnye
Quote tikusmontok 23-12-2022 09:24 AM
Innalillah. Meninggal tgh mencari rezeki halal. Semoga dihimpunkan di kalangan org2 yg beriman. Amin.
Quote gorjeous 23-12-2022 09:27 AM
innalilah.. moga cepat dijumpai.
Quote Simunggu 23-12-2022 09:53 AM
patutnya kena pakai safety harness buat kerja risiko tinggi...ini lah kelemahan industri pelancongan kurang safety nya
Quote Belibis 23-12-2022 12:51 PM
margo20: Uish cantik airnye

Antara lokasi air terjun tercantik di tganu.
Quote Kitty_catz 23-12-2022 02:08 PM
Edited by Kitty_catz at 23-12-2022 02:10 PM

team cadaver K9 jap lagi sampai
tp salam takziah dulu  la kalau team cadaver yg masuk...
Quote Decaffeinated 23-12-2022 06:13 PM
Paip apa yang dia selenggara?
Quote boo07 2-12-2024 08:09 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:26 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Quote Uhejsyg 24-12-2024 08:32 AM
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.048575 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top