Seorang pencinta kucing bergadai nyawa tinggal di rumah biarpun diarah berpindah kerana kawasan kediamannya sudah dinaiki air yang mencecah lantai.
Menurut Muhammad Junaidi Ismail, dia bimbang keselamatan sembilan ekor kucing peliharaannya jika ditinggalkan. Katanya, dia bimbang sekiranya membawa jumlah kucing yang banyak ke pusat pemindahan sementara (PPS) akan mengganggu keselesaan penghuni lain. Pada masa sama, dia bimbang haiwan peliharaanya dihanyutkan arus sekiranya ditinggalkan di rumahnya di Kampung Pinang Merah, Dungun.
"Kucing ini kalau dibiar begitu sahaja takut berlakunya air pasang, kita tak tahu. "Sekarang ini ada sembilan ekor, semalam seekor mati di bawah rumah. "Kita nak turun pun takut sebab arus laju semalam, paras air naik sampai ke dahi," katanya. Jelas Muhamad Junaidi, banjir kali ini adalah antara yang terburuk sejak dia mendiami kawasan terbabit. Sumber: AWANI |
mejaputih replied at 23-12-2022 10:01 AM
la takde cage ke?
Buritan replied at 23-12-2022 10:03 AM
Cat lover mmg wajib ade cage..
Buritan replied at 23-12-2022 10:03 AM
Cat lover mmg wajib ade cage..
nononcrux replied at 23-12-2022 10:35 AM
betholl, laki aku beli terlebih-lebih sbb syg cat sgt.. ank dmm buat bodo cat sakit laju g vet :hu ...
ADVERTISEMENT