CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Mangsa Maut Direnjat Elektrik Terima Faedah Perkeso, Dibayar Seumur Hidup

23-12-2022 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3165| Komen: 25

Waris Allahyarham Sakinah Mohd Nadzir, 29, seorang daripada mangsa maut terkena renjatan elektrik pada Isnin lepas layak menerima pencen penakat dan Faedah Pengurusan Jenazah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata, semakan dibuat pihaknya dengan majikan Allahyarham iaitu pemilik Tadika Al-Munir  mendapati Sakinah merupakan seorang pencarum Perkeso.


Pada Rabu, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengunjungi ibu bapa mangsa, Mohd Nadzir (dua, kiri) dan Zainun (kiri), di Kampung Bendang Surau, dekat Morak, Tumpat. - Foto fail/BERNAMA

"Ibu bapa Allahyarham iaitu Mohd Nadzir Mohamed, 67, dan Zainun Sulaiman, 62, serta adik lelaki mangsa yang kini berusia 19 tahun akan menerima pencen penakat kira-kira RM332.50 secara bulanan.


"Ibu dan bapa Allahyarham akan dibayar seumur hidup manakala adik lelaki mangsa yang kini berumur 19 tahun dibayar hingga berumur 21 tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Nora berkata Zainun dan Mohd Nadzir juga layak menerima Faedah Pengurusan Jenazah sebanyak RM1,000 seorang.

Terdahulu, Nora menyerahkan cek bayaran Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000 kepada Zainun dan Mohd Nadzir di kediaman keluarga itu di Kampung Bendang Surau, Morak, di sini.

Pada Isnin lepas, tiga beradik perempuan, Sakinah, Nor Syazwani Mohd Nadzir, 33, dan Noor Fathiah Mohd Nadzir, 27, meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas seorang daripada mereka dikatakan memegang sebatang tiang di rumah jiran.



Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-12-2022 09:26 AM
Alhamdulillah dapat pencen PERKESO seumur hidop utk mak bapaknya
Quote black_handbag 23-12-2022 10:11 AM
bagusnya isteri PM turun padang jumpa keluarga mangsa. berbeza betul dgn bini2 pm terdahulu
Quote RinIna 23-12-2022 11:28 AM
Alhamdulillah.. sgt tragis.. anak meninggal 3 org sekaligus.. dugaan berat utk mak ayah..
Quote Abahmung 23-12-2022 11:31 AM
Edited by Abahmung at 23-12-2022 05:58 PM

Alhamdulillah..PM pun dah umum masa lawat kelantan smlm kan..mangsa banjir yg meninggal akan dapat 10k sorang sama mcm tragedi btg kali

IMG_20221223_171110.jpg
Quote ifanonline 23-12-2022 11:37 AM
black_handbag replied at 23-12-2022 10:11 AM
bagusnya isteri PM turun padang jumpa keluarga mangsa. berbeza betul dgn bini2 pm terdahulu

tetek berat mana nak turun padang bini2 BN
Quote LautBiru52 23-12-2022 11:38 AM
alhamdulillah. berjasa pada ibu bapa walaupun dah takde
Quote Nnasda53 23-12-2022 11:40 AM
Alhamdulillah..rezeki ibu bapa dan adik lelaki arwah.
Quote Prickford 23-12-2022 11:41 AM
black_handbag replied at 23-12-2022 02:11 AM
bagusnya isteri PM turun padang jumpa keluarga mangsa. berbeza betul dgn bini2 pm terdahulu

Haha bini2 PM dulu "I bukan ahli Parlimen hokayyy"..

Quote supernaturalee 23-12-2022 11:43 AM
good job wife pm
dtg tu mesti ade selit2 jgk tu

yg mn patut dibantu kita bantu


Quote CiliPadiSedap 23-12-2022 12:20 PM
black_handbag replied at 23-12-2022 10:11 AM
bagusnya isteri PM turun padang jumpa keluarga mangsa. berbeza betul dgn bini2 pm terdahulu

kalau isteri2 pm lain turun padang cmni kan bagus bukan turun shopping lah apa kurang2 sejuk hati rakyat malaysia ni ada cakna masalah rakyat.
Quote ladybugz 23-12-2022 01:37 PM
Abahmung:  Edited by Abahmung at 23-12-2 ...
oh alhamdulillah. inila yg kita mahukan. dapat 10k sama ja.
Quote dua_chzy 23-12-2022 01:38 PM
Hada lagi ka bunyi2 sumbang sindir2 soh bayar pampasan 10k? Takda? Syukur alhamdullilah...
Quote matamata 23-12-2022 01:39 PM
Yg penting majikan jalankan tanggungjawab... Kalau tak mmg tak dapatla
Quote orkidorkido 23-12-2022 04:33 PM
Alhamdulillah
Waktu hidup berjasa pada ibu bapa
Waktu tiada pun masih berjasa
Quote Decaffeinated 23-12-2022 04:45 PM
Baiknya PERKESO. Adik pun dapat?

Lebih kagum dengan pemilik Tadika Al-Munir ni.
Quote Suchi 23-12-2022 05:53 PM
Perkeso ni masa kita daftar dulu mmg ada list penama ke? Atau bila dh mati nnt waris kena tuntut la sendiri?
Quote Abahmung 24-12-2022 01:45 PM
ladybugz replied at 23-12-2022 01:37 PM
oh alhamdulillah. inila yg kita mahukan. dapat 10k sama ja.

10k sorang =30k...tapi tetap tak dpt ganti kesedihan hilang 3org ank sekaligus
Quote nurkasih74 24-12-2022 06:00 PM
Sbg waris, jika yg meninggal/cacat kekal ada mencarum dlm Perkeso.. InshaAllah layak dpt pencen penakat. Dpt khairat kematian jua dlm rm2000 kot. Anak2 dan psgn (in this case ibu bapa dan adik sbg waris) akan dpt setiap bln. Proses tuntutan antara yg termudah dan plg cepat pantas tuntas dpt.. utk isteri/suami..akan dpt certain amount sampai akhir hayat rasanya. Manakala anak2 atau adik beradik, akan dpt sehingga umur 21 atau sehingga habis first degree. Jgn tak tuntut ye..
Quote TOPwind 24-12-2022 07:58 PM
black_handbag replied at 23-12-2022 10:11 AM
bagusnya isteri PM turun padang jumpa keluarga mangsa. berbeza betul dgn bini2 pm terdahulu

ya sbb dia YB dipilih oleh rakyat

yg lain2 bukan YB tapi YBg (Yang Bershopping)

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049158 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top