CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jualan Menurun Sampai 60 Peratus! Lepas Viral Isu Dengan SIRIM, Founder Skin Dessert Dakwa Alami Kerugian Jutaan Ringgit

23-12-2022 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10811| Komen: 140

Pengasas produk Skin Dessert, Zirra Abdullah mengatakan jualan produknya menurun sehingga 60 peratus.

Menurut Zirra, ia adalah susulan kontroversi yang tercetus selepas dia memuat naik foto di hadapan pejabat SIRIM baru-baru ini.


Katanya juga, selain jualan yang turun mendadak, ia juga memberi kesan terhadap emosi dan mental yang telah dialaminya.


Foto: Murai.my

“Dalam tempoh dua bulan ini, daripada jualan boleh cecah jutaan ringgit, kini kami cuba mampu catat jualan puluhan ribu ringgit sahaja.

“Selain itu, saya juga mendapat kecaman netizen serta mesej ugutan sehingga ada yang mahu mengancam keselamatan kami,” katanya ketika sidang media yang diadakan di ibu kota semalam.


Sebelum ini, Zirra telah memuat naik sekeping foto dia bersama suami, Mohd Aliff Abd Kadir di hadapan pejabat SIRIM dengan kenyataan mengatakan salah satu produknya, Skin Desert Repairing Moisturiser sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM pada 4 Oktober lalu.

Bagaimanapun, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosial mereka menulis komen dengan memaklumkan SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

Oleh itu, pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap SIRIM setelah komen berkenaan dikatakan (oleh pihaknya) memberi impak negatif kepada perniagaan mereka.

Peguam mereka, Nur Nazuha Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers berkata, kenyataan yang dibuat SIRIM menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum.

“Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.

“Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai,” katanya.

Menurutnya Nur Nazuha lagi, komen SIRIM itu disifatkan (oleh pihaknya) bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

Jelasnya lagi, ketika ini pihaknya masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut, dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022.

“Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 23-12-2022 08:23 AM
Bodoh. Patutnya tapayah upload lah gambar depan sirim. Tunjuk sijil je cukup.
Quote shernazz 23-12-2022 08:28 AM
Amboi
Iols.membayangkan skin dessert produknya ala ala dessert gitu gambo kek jelly n pelbagai dessert gitchuuuu
Quote Kitty_catz 23-12-2022 08:52 AM
sirim sila counter sue


kau menbongak boleh pulak ye... species ponder timbang kilo otak tepu bodoh pekat tak campo air

moga2 ada kastemr ko muka jadi teruk dan saman korang sampai tinggal sepender

bodoh punya manusia
Quote alieyrina 23-12-2022 09:26 AM
Tu lah kastemer komplen buat xtau jadi camtu laTp timbang kilo x payah beli lah
Quote KamikuP 23-12-2022 09:28 AM
Meolss tertanya2 sapa le yg gigih ya beli produk timbang kati founder ni semua?
Benak sunnguh ya depa yg beli nih khuenzzz...
Quote kotakbaju 23-12-2022 09:34 AM
Produk kosmetik kena hantar test kat sirim ke? Setau iols hantar test kat lab mana2 yang pharmaceutical atau hantar ke npra
Quote renko 23-12-2022 09:51 AM
pergi lah mampos
SIRIM pun sama pondan aritu bising dalam socmed je
orang saman lah terus aritu
Quote glump 23-12-2022 09:53 AM
Produk Tak laku ..buat duit dengan saman ..selagi boleh. Apa produk2 tu leh jual juta2 sebulan tu. Berapa juta pelanggan dia.
Quote alieyrina 23-12-2022 10:17 AM
Tgk review2 kat sopi ramai ja yg beli. Tu baru 1 platfom. Tempat lain mesti byk gak yg membeli
Quote totokreturn. 23-12-2022 10:24 AM
sale merudum 60% ?

dah tu yg 40% tu ada lagi ka yg dok membeli?

sapa kah yg 40% yg masih membeli produk timbang kilo ni?
Quote chilly 23-12-2022 10:37 AM
Dalam berniqab pon lengan baju bulu2. Laki ponder timbang kilo semua ni apesal muka sepesen? Keluar kilang same jugak ke?
Quote noorhairiahma 23-12-2022 10:39 AM
bukan ke dah ramai yang celik sekarang ni untuk tukar guna produk drugstore pulak.

kenapa jualan dia sampai berjuta? ramai lagi yang buta guna produk timbang kati ke? ke menipu je kata jualan berjuta2?
Quote pasa 23-12-2022 10:40 AM
pelik la ompompuan ni produk timbang kilo tak ada pengesahan mana2 punya agensi kesihatan blh je korang pakai.
Quote saviour_09 23-12-2022 10:44 AM
founder & buyer sama kemaruk donia

hat ni kejar lawooo, hat ni kejar kaya



Quote venom1 23-12-2022 10:52 AM
dah tak mampu nak bayar installment Lambo dan Ferrari ek?
Quote krustykrab 23-12-2022 11:00 AM
Amboih...belagaknya...semoga sirim saman betina penonggeng agama ni cepat². Dia yg membongak lps tu play victim pulak..
Quote krustykrab 23-12-2022 11:02 AM
KamikuP replied at 23-12-2022 09:28 AM
Meolss tertanya2 sapa le yg gigih ya beli produk timbang kati founder ni semua?
Benak sunnguh ya dep ...

Selalunya org² kampung ulu banat je.
Snang kena tipu...ejen dtg rmh, "kak sapot la biz org islam/melayu" teruih lembik hati
Quote totokreturn. 23-12-2022 11:03 AM



untuk sapa yg tak tahu lagi
Quote totokreturn. 23-12-2022 11:04 AM

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.151385 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top