Situasi Covid-19 di China terus membimbangkan apabila terdapat jangkitan baharu pada tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini. Gelombang jangkitan terkini itu sekali gus mengakibatkan hospital penuh manakala pasukan perubatan terus sibuk menjalankan tugas.
Ekoran daripada itu, kerajaan China membina hospital sementara untuk menyaring pesakit yang bergejala. Malah terdapat video yang memaparkan seorang doktor rebah di hospital ketika memeriksa pesakit. Menerusi rakaman video itu, doktor terbabit dilihat merawat seorang demi seorang pesakit sebelum tiba-tiba rebah di kerusinya.
Satu lagi video yang turut tersebar memaparkan, pesakit diberikan CPR di atas lantai sebuah hospital di bandar Chongqing selepas kesemua katil di dalam bilik itu penuh dengan pesakit kronik, diintubasi dan disambungkan ke ventilator. Menurut Reuters, penduduk di Beijing juga perlu menunggu hari untuk membakar mayat mendiang sanak saudara atau perlu membayar yuran yang tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan tepat pada masanya. "Pekerja di dua rumah pengebumian berbeza di Beijing memaklumkan terdapat lonjakan dalam penduduk yang ingin membakar mayat saudara-mara yang meninggal dunia pada hujung minggu, menyebabkan beratur dan kelewatan. "Tunggakan itu telah mendorong beberapa penduduk mencari jalan penyelesaian, seperti menggunakan kereta mereka untuk membawa mayat ke rumah pengebumian," lapor Reuters. -CARI Sumber: mStar/ India Times
|
shernazz replied at 23-12-2022 08:11 AM
Mcm.collapse masa 2020 dolu kan...takut plak.iols..
Berapa jota rakyat depa dah meninggal.ek dek cov ...
green~tea replied at 23-12-2022 08:08 AM
Laaa thread sebelah ckp 90% penduduk dunia dah immune covid... so all those 10% kat china ke
shernazz replied at 23-12-2022 08:11 AM
Mcm.collapse masa 2020 dolu kan...takut plak.iols..
Berapa jota rakyat depa dah meninggal.ek dek cov ...
AbukRokok replied at 23-12-2022 08:37 AM
drama baru dah nak start...baru je nk bernafas skit lepas kne continuous lockdown
Suchi replied at 23-12-2022 08:46 AM
Tak memasal kena pkp lagi, pm10 baru nak mendonia sudahnya jd bapa pkp jugak kang
Status covid mal ...
Buritan replied at 23-12-2022 08:39 AM
Cmn jd mcm ni.. rasanya semua dah vksin dah pun
AbukRokok replied at 23-12-2022 08:41 AM
mayat2 bergelimpangan di china saja
nti merebak la bideo besi keseluruh dunia
shernazz replied at 23-12-2022 10:29 AM
Ingat lagi masa malaysia belum pkp
Kan ada video tibe2 mati.tengah jalan
Takut ooo...sampaikan mas ...
ADVERTISEMENT