CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laluan Ke Dunia Lain? Saintis Jumpa Jalan 'Berbata Kuning' 3,000 Meter Di Dasar Laut

23-12-2022 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3894| Komen: 32

HONOLULU, HAWAII – Sebuah ekspedisi yang dilakukan di utara Kepulauan Hawaii mendedahkan penemuan di dasar sebuah jurang dengan sesuatu kelihatan seperti jalan bata kuning, lapor laman berita Science Alert.


Penemuan itu dibuat oleh kapal peneroka Nautilus awal tahun ini semasa meninjau puncak Liliʻuokalani dalam Monumen Nasional Marin Papahanaumokuakea (PMNM).

PMNM ialah salah satu kawasan pemuliharaan marin terbesar di dunia, lebih besar daripada gabungan semua taman negara di Amerika Syarikat (AS) dan saintis hanya meneroka kira-kira 3 peratus daripada dasar lautnya.


Foto: youtube

Penyelidik di Ocean Exploration Trust mengkaji sempadan hutan belantara itu yang terletak lebih daripada 3,000 meter di bawah laut.


Rakaman ekspedisi itu diterbitkan di YouTube pada April lalu yang merakamkan detik penyelidik mengendalikan kenderaan laut dalam sebelum terjumpa jalan itu.

“Ia adalah jalan ke Atlantis,” seorang penyelidik di radio didengari berkata.

“Jalan bata kuning?” suara lain membalas.

“Ini pelik,” tambah seorang lagi ahli pasukan itu.

Pasukan itu menyatakan bahawa laluan tersebut kelihatan hampir seperti ‘kerak panggang’ yang boleh dikupas.

Dalam satu bahagian kecil, batu gunung berapi itu telah retak dengan cara yang kelihatan sangat mirip dengan batu bata.

“Rekahan bersudut 90 darjah itu mungkin berkaitan dengan tekanan pemanasan dan penyejukan daripada pelbagai letusan di kawasan ini,” demikian kapsyen pada video itu.

Pada pandangan pertama, rekahan itu mudah disalah anggap sebagai laluan ke dunia baharu yang indah. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-12-2022 08:09 AM
Haah..mcm buatan kan..
Rupanya lava ek...
Quote belilies 23-12-2022 08:14 AM
shernazz replied at 23-12-2022 08:09 AM
Haah..mcm buatan kan..
Rupanya lava ek...

Kalau reader tak baca betul2 mmg deyols caya je tu jln betul. But then mayb dulu tu kota tenggelam mcm pompeii
Quote Simunggu 23-12-2022 08:30 AM
jalan ke imago ni dari Kg. Air...
Quote shernazz 23-12-2022 08:30 AM
belilies replied at 23-12-2022 08:14 AM
Kalau reader tak baca betul2 mmg deyols caya je tu jln betul. But then mayb dulu tu kota tenggelam ...

Tu  la kan..
Tapi kedalaman dia tinggi juga tu..3000 meter atas laut...
Teringat zaman dedolu punya benua ada 1 saja..
Lalu dipecahkan hingga tujuh benua sekarang ni...
Quote b^lady 23-12-2022 08:33 AM
Simunggu replied at 23-12-2022 08:30 AM
jalan ke imago ni dari Kg. Air...

Hahaha..yg ni jln klu nak elak jem ke imago..
Quote AbukRokok 23-12-2022 08:43 AM
1.jalan ke syurga
2.jalan ke hatimu
Quote venom1 23-12-2022 08:48 AM
jalan ke alam barzakh?
Quote Tinot7 23-12-2022 08:51 AM
Yellow brick road nak ke emerald city lerr.. dlm citer dorothy and the wizard of oz
Quote ninja boy 23-12-2022 09:05 AM
Baru mau tulis wizard oz
Quote gorjeous 23-12-2022 09:35 AM
Pelik bin ajaib..
Quote Thunderclouds 23-12-2022 09:47 AM
Alaaa..den lambert mention yellow brick road

Follow the Yellow Brick Road
Follow the Yellow Brick Road
Follow, follow, follow, follow,
Follow the Yellow Brick Road
Follow the Yellow Brick, Follow the Yellow Brick,
Follow the Yellow Brick Road
Quote saviour_09 23-12-2022 10:45 AM
atlantis? is that u?
Quote Travelo 23-12-2022 10:55 AM
jalan dah!


Quote HabukBesi 23-12-2022 11:09 AM
ini kerja ikan ni
Quote nononcrux 23-12-2022 11:12 AM
jalan jalan cari masalah..
Quote mejaputih 23-12-2022 01:05 PM
shernazz replied at 23-12-2022 08:30 AM
Tu  la kan..
Tapi kedalaman dia tinggi juga tu..3000 meter atas laut...
Teringat zaman dedolu puny ...

ni kerja si tupai nama Skrat dlm citer Ice Age
Quote Skuau 23-12-2022 01:10 PM
'JALAN MATI'.......daaaa....
Quote mbhcsf 23-12-2022 01:20 PM
oh wow, cantiknya formasi batuan tu ye.....cantik...subhanalllah. cantik.
Quote shernazz 23-12-2022 01:31 PM
mejaputih replied at 23-12-2022 01:05 PM
ni kerja si tupai nama Skrat dlm citer Ice Age

Hahaha
Dia dengan acorn nyaaaa

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 1.439496 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top