CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watie Bakal Dipenjara?

23-12-2022 07:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7059| Komen: 72

Bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan, 44, enggan bertolak ansur lagi dengan pelakon, Watie Sadali, 46, yang masih tidak melunaskan pembayaran ansuran RM2,500 sebulan kepadanya sebagaimana diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada 2017 lalu.


Hana atau nama sebenarnya, Norhanasafiza Mat Adnan ketika dihubungi berkata, sudah lima tahun masa diberikan untuk Watie menyelesaikan tuntutan hutang secara ansuran seperti mana sudah diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Foto: IG

"Sehingga kini, dia tidak pernah membayar satu sen pun kepada saya. Dia juga tidak menghubungi saya untuk kami berjumpa dan berbincang sekiranya dia tidak mampu melunaskan bayaran yang ditetapkan mahkamah itu.

"Pada era teknologi serba maju sekarang, rasanya tiada alasan sukar untuk dia nak mencari saya. Selain telefon, tentu saja dia boleh mencari saya melalui media sosial. Lagipun, saya ada di Malaysia dan tidak ke mana-mana pun," katanya kepada Harian Metro.


Mengulas statusnya yang sebelum ini diisytiharkan muflis, Hana berkata, dia sudah bebas sejak November lalu apabila membuka semula kes itu untuk penyelesaian undang-undang sepenuhnya di mahkamah.



"Saya ambil masa tiga tahun untuk kumpul duit bagi membayar peguam untuk membuka semula kes ini dan menuntut penyelesaian secara undang-undang. Sudah lima tahun, masih lagi tidak diselesaikan.

"Saya juga bergelut kira-kira sembilan tahun sejak 2013 dengan status diri yang diisytiharkan muflis dan ia tidak mudah. Kesukaran yang saya alami sepanjang tempoh itu dengan pandemik Covid-19 lagi, tiada kerja dan banyak masa duduk di rumah.

"Jadi, saya perlu mendapat keadilan untuk diri sendiri. Harapan saya agar semuanya selesai dan dia melunaskan hutang tertunggak itu. Saya tidak akan tolak ansur lagi. Cukup-cukuplah tu sebab dah terlalu lama," katanya.



Justeru, Hana memaklumkan kes tuntutannya akan disebut semula pada 29 Disember ini dan sekiranya Watie gagal membayar ganti rugi, pelakon berkenaan akan berdepan hukuman penjara.

Terdahulu pada 10 Mac 2015, Hana menang saman yang difailkan terhadap Watie atau nama sebenarnya, Norwati Sadali berhubung kegagalan pelakon itu melunaskan bayaran pinjaman bank menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendakwa, dia membuat pinjaman bank kenderaan itu pada September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon itu tidak layak membuat pinjaman.



Bagaimanapun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga Hana diisytiharkan muflis.

Pada 18 Mei 2017, Hana yang memfailkan tuntutan saman penghutang penghakiman terhadap Watie selepas dia gagal membayar ganti rugi yang ditetapkan mahkamah pada 28 Ogos 2014.


Hana

Mahkamah Sesyen Selayang memerintahkan Watie membayar ansuran sebanyak RM2,500 sebulan kepada Hana sebagai penyelesaian bayaran tuntutan ganti rugi sebanyak RM707,351.83. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 23-12-2022 08:05 AM
Lama betul kes ni.. ingat kan dah settle....
Quote kechikchomel 23-12-2022 08:39 AM
nak tanya...kalau dia kena penjara, saman dia tu tetap kena bayar kan?
Quote laksmanabentan 23-12-2022 08:45 AM
kechikchomel replied at 23-12-2022 08:39 AM
nak tanya...kalau dia kena penjara, saman dia tu tetap kena bayar kan?

tetapp uollsss...
Quote kuzaime 23-12-2022 08:52 AM
Nama wati ni memang perangai cam celaka agaknya bab2 hutang ni. Sebab aku pun ada kwn nama wati, pinjam aje reti bab bayar balik pura2 mati agaknya senyap terus
Quote edoraixora 23-12-2022 08:55 AM
Keras betul hati watie ni ye...sanggup buat kawan macam tu
Sampai org tu x boleh jumpa anak sendiri sbb passport kena tahan, bangkrap sbb tolg member
While watie aman2 je hidup, tak mikir lgsung kesusahan member tu sebab dek dia
Memang patut disumbat ke penjara
Quote bulalof 23-12-2022 08:56 AM
apa kerja hana skrg?
Quote missHaidiD 23-12-2022 09:01 AM
Sokong  . Penjarakan je la pompuan ni. Hidup kt luar pun takguna. Laki bini sama
Quote airmineral 23-12-2022 09:09 AM
kuzaime: Nama wati ni memang perangai c ...


maksud wati pun mmg xbaik kan?
Quote airmineral 23-12-2022 09:10 AM
kejam dan jahat ya cara wati ni buat hana
betul² aniaya org
moga dpt balasan cpt
Quote kuchenta_81 23-12-2022 09:16 AM
Tengok rumah Wati tu elok je dia deko, kereta pulak mcm vellfire or honda. Cuma x pasti la rumah sendiri or sewa.
Quote codenamedream 23-12-2022 09:17 AM
Sita harta Watie and penjarakan jer.

Sial nyusahkan hidup orang lain
Quote bankerpencen 23-12-2022 09:53 AM
Gigih aniaya orang. Bagus kalau penjarakan je manusia macam ni
Quote TerataiMelur02 23-12-2022 10:06 AM
Wati ada berapa orang anak?
Quote Pak.dolla 23-12-2022 10:11 AM
Pasal hutang dan duit ni mmg bole bawa bergaduh tau...kalau x nak gaduh jgn bg pinjam duit atau jgn jd guarantor...
Biar gaduh tak dapat pinjam duit daripada gaduh sebab dpt duit...hahaha
Biasanya peminjam akn play victim....yg bg pinjam duit pulak nmpk teruk...
Quote chandrahusin 23-12-2022 10:18 AM
Ada kes kwn aku (L)
jamin kwn (K) lain buat personal loan
kemain si K yg nak buat loan tu
buruk2kan kitorg sbb nak suruh L jd penjamin
sudahnya K hilang
kesian tengok L cari dia
L smpai kena bankrap
bayar hutang bank si K
si K aman2 hidup
tapi L bgtau aku
dia tak akan halalkan 1 sen pun
takut weiii
Quote KBW2 23-12-2022 10:18 AM
All the best watie, jahat ko pedajal kawan sundri. Apolah jenis orang gini.
Quote jihyomelly 23-12-2022 10:26 AM
Edited by jihyomelly at 23-12-2022 10:31 AM
kuzaime replied at 23-12-2022 08:52 AM
Nama wati ni memang perangai cam celaka agaknya bab2 hutang ni. Sebab aku pun ada kwn nama wati, pin ...


hadoi sama la terkena dgn makhluk bernama wati ni (kak ipar sendiri) jd penjamin bleh dia x byr keta kena tarik masuk court suruh bayar 200/sebln last x bayar jugak sampai rmh penjamin ni nak kena sita hanat betul perangai!!!! last mak mertua x sanggup dgr menantu bising2 dia bayar kan 12k kat bank (kes berlarutan 2006-2019) lebih pada maki dia dapat tapi buat muka toya mcm kita lak salah jd penjamin..sial betul perangai
Quote doubleA 23-12-2022 10:44 AM
Biar je masuk penjara biar dia tanggung akibat pulak
Quote syamzana 23-12-2022 10:44 AM
punya la lama tak bayar2. pastu si hana ni plak takkan dok tggu je selama bertahun-tahun. takleh report polis???ke caner condition kalau org kalah saman tak mampu byr??

mmg celaka la kwn mcm ni. elok plak ko branak pinak

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.042834 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top