CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingat Dah Pupus, Reptilia Pink Iguana Muncul Kembali

23-12-2022 07:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1979| Komen: 16

QUITO, Ecuador – Sejenis reptilia terancam yang hanya hidup di sebuah kepulauan milik Ecuador kini membuat kemunculan semula, lapor laman berita Wion News.

Saintis-saintis buat pertama kalinya menemui populasi reptilia berkenaan, iguana merah jambu di Kepulauan Galapagos.

Spesies itu pertama kali ditemui beberapa dekad lalu dan diberikan status terancam tahap kritikal.

Foto:Galapagos Conservancy

Menurut anggaran sebuah organisasi tidak bermotifkan keuntungan, Galapagos Conservancy, sehingga kini, hanya 200 ekor iguana merah jambu diketahui masih hidup dan kesemuanya berada di lereng Gunung Berapi Wolf, Pulau Isabela. 

Pulau itu adalah sebahagian daripada Kepulauan Galapagos.


Ia juga sangat terancam kerana gunung berapi itu aktif. Satu lagi ancaman terhadap populasi iguana merah jambu adalah spesies asing, terutamanya tikus yang muncul di Pulau Isabela.

Pengarah Taman Negara Galapagos, Danny Rueda berkata, penemuan itu membolehkan mereka mengenal pasti cara untuk menyelamatkan populasi iguana itu.

“Mengetahui semua aspek yang menjadikan kewujudan iguana merah jambu terdedah membolehkan kami mengambil tindakan tepat pada masanya, terutamanya terhadap spesies invasif,” tambahnya.

Kepulauan Galapagos yang menjadi ekosistem kepada spesies unik ini juga menempatkan beberapa spesies terancam lain.

Antara spesies lain yang ditemui termasuk kura-kura gergasi dan burung kormoran yang tidak boleh terbang. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 23-12-2022 07:39 AM
dh buat kemunculan ni, konfem2 kena buru.. yg legal pon buru. yg illegal lagi la... elok2 ada baki 2,3 ekor, tetibe pupus betul
Quote margo20 23-12-2022 08:14 AM
Wahhh mana dia menyorok selama ni
Quote supernaturalee 23-12-2022 08:19 AM
nantikan kemunculan saya..... - pink iguana


Quote Buritan 23-12-2022 08:22 AM
margo20 replied at 23-12-2022 08:14 AM
Wahhh mana dia menyorok selama ni

Pink mcm kote seseorg
Quote margo20 23-12-2022 08:45 AM
Buritan replied at 23-12-2022 08:22 AM
Pink mcm kote seseorg

Haiyo pepagi jumaat da mencarut
Quote Buritan 23-12-2022 08:48 AM
margo20 replied at 23-12-2022 08:45 AM
Haiyo pepagi jumaat da mencarut

Betulllaa aku ckp tuu.. betul tak
Quote Thunderclouds 23-12-2022 09:56 AM
Buritan replied at 23-12-2022 08:22 AM
Pink mcm kote seseorg

ok la pink dr kaler lebam birat
Quote Samerosie 23-12-2022 10:09 AM
Pink ka biru ka hjau ka warna pelangi ka tak pe la nak kau duduk la sana je ye.  Aku geli betul jenis cicak2 ular2 reptilia amfibia ni.
Quote mejaputih 23-12-2022 10:44 AM
moga species2 lain yg sblm ni ingat dah pupus muncul kembali...
Quote HabukBesi 23-12-2022 11:02 AM
pink
Quote nolya 23-12-2022 10:26 PM
Kalau lepas ni keluar pulak pink Panther, banyak2lah kita semua berdoa kerana kiamat sudah dekat.
Quote Limao 24-12-2022 04:42 AM
Owh...baru jer tgk dia nih kat G2G MAEPS Serdang.
Quote kakikuDibibirmu 24-12-2022 05:03 AM
@rospinki and the Brain tersenyum sinis  



[youtube]qzZmU0aGmcc[/youtube]
Quote iman_kasih 24-12-2022 05:47 AM
Tiba2 teringat pasal reptile brain..
Quote boo07 2-12-2024 08:10 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:27 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.081709 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top