CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Kerajaan Afghanistan Bantu Penyeludup Bawa Keluar Wang, Emas Hampir ASD1 Bilion

22-12-2022 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 901| Komen: 3

Penyeludup dibantu pegawai kerajaan Afghanistan membawa wang beratus-ratus juta dolar Amerika Syarikat (AS) dan emas keluar dari negara itu beberapa bulan terakhir pentadbiran terdahulu.


Pejabat Presiden Ashraf Ghani yang disokong AS dimaklumkan mengenai masalah tersebut, tetapi tiada tindakan diambil, lapor Business Insider seperti dipetik Afghanistan Times.

Menurut laporan itu, sebanyak AS$59.7 juta dalam bentuk tunai dan emas diseludup ke Uzbekistan menerusi Hairatan antara Januari hingga Mac 2021, namun dalam tempoh selama 13 bulan antara Mei 2019 hingga Mei 2020, jumlahnya adalah AS$824 juta.


Insider

Walaupun individu terbabit gagal mengisytiharkan wang yang dibawanya kepada pegawai Afghanistan ketika meninggalkan negara itu, kastam Uzbekistan merekodkan wang dan emas dalam borang kastam.


Rekod yang diperoleh pegawai anti rasuah Afghanistan itu merupakan sebahagian daripada siasatan penyeludupan wang dan mereka mewujudkan laporan asas mengenai aliran pengeluaran tunai daripada negara itu.

Borang kastam Uzbekistan menunjukkan kebanyakan daripada wang tersebut menuju ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di mana pegawai atasan Afghanistan melarikan diri apabila kerajaan negara itu tumbang pada tahun lalu.

Dokumen tersebut mendakwa bekas Timbalan Speaker Parlimen Afghanistan, Mirza Mohammad Katawazai telah mengarahkan sindiket penyeludupan dengan dibantu rangkaian pegawai perisik dan pengawal sempadan.

Mereka turut mendakwa bekas Gabenor wilayah Balkh, Atta Mohammed Noor memberi perlindungan keselamatan untuk penyeludup dan mengeluarkan ugutan kepada pesaing.

Hairatan terletak dalam wilayah Balkh.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 22-12-2022 11:13 PM
Nak komen apa x tau sb x baca tapi xde sapa komen lg kat sini buat summarise hahaha
Quote boo07 2-12-2024 08:10 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:27 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.038284 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top