CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Menyamar, Memang Polis Tengah Buat Rondaan

22-12-2022 10:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3725| Komen: 32

Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau dan tiga rakannya ditahan tiga individu didakwa menyamar sebagai polis, dalam kejadian di Puchong, Selasa lepas.


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan dalam kenyataan di sini berkata sebaliknya ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar dan sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.


Gambar hiasan

"Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya.

"Mereka memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.


"Tindakan berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan," katanya.

Terdahulu, pemilik akaun Twitter DOLLA mendakwa beliau bersama tiga rakannya ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai polis ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah selepas selesai latihan menari.

A Anbalagan berkata justeru itu, pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-12-2022 10:53 PM
Agaknya gang2 tu pon pakai pelik2 kot
Quote Sazreena 22-12-2022 10:55 PM
At least dah tau yg check ic dorang bukan scammer. Lenkali upah je la personal driver merangkap bodyguard utk fetch or pick up.
Quote sambaldurian 23-12-2022 12:05 AM
Polis tu x kenal Dolla, Dollah Salleh kenal la.
Quote Goodluckdontcry 23-12-2022 12:25 AM
Kehkehkeh nampak sgt ko tu bkn terkenal glamer mana pun dik..harap perasan jer lebih ingt org kenal ko.. maklumlah kpoop wannabe femes diMsia katanya..

Satu lg, kut2 pakai baju hazabedah taraf2 cik sundal jalanan, jd mungkin inci polis ingtkan Guest Relations Officer manalah kut... kehkehkeh  

Lain kali jgn perasan sgt semua org kenal ko..setakat retis..apo la sgt..berpijak dibumi nyata lbh2 lg ko tu duk diMsia..jgn over sgt berpakaian mcm ko tu asal usul dr Hanguk.. rileks2 sudah
Quote miszclassique 23-12-2022 12:34 AM
Goodluckdontcry replied at 23-12-2022 12:25 AM
Kehkehkeh nampak sgt ko tu bkn terkenal glamer mana pun dik..harap perasan jer lebih ingt org kenal  ...

Aah i pun speku polis tu ingat dolla tengah menjual kat tepi tu knowing diorang ni agak cekcii lima puluhhhhhh
Quote asfaz 23-12-2022 12:54 AM
Kat Puchong ni mmg selalu ada polis meronda. Ye kot macam ualls ckp pakaian seksi pastu dh hmpir tgh malam
Quote I.K.A888990 23-12-2022 01:17 AM
adoyai dik dollah oii
x menahan plak baca komen kat atas haha
Quote LadyCarefree 23-12-2022 03:31 AM
Goodluckdontcry replied at 22-12-2022 11:25 PM
Kehkehkeh nampak sgt ko tu bkn terkenal glamer mana pun dik..harap perasan jer lebih ingt org kenal  ...

baru nk ckp pakaian mcm pompan menjual kot.
Quote elnor_81 23-12-2022 04:54 AM
Bru nk komen benda yg sme. Agknya polis igt tgh berniaga karipap di tgh malam kot. Knowing pakaian dorg ni mcm x ckup kain, polis pun syak sesuatu agknya.
Quote sukacactus 23-12-2022 06:19 AM
Kah3 POV dolla paling cantik & sexy
POV polis eh ada yg try meniaga kat sini
Quote AbukRokok 23-12-2022 06:56 AM
sukacactus replied at 23-12-2022 06:19 AM
Kah3 POV dolla paling cantik & sexy
POV polis eh ada yg try meniaga kat sini

mgkin cuba utk membeli...polis ni xyah husnuzon sgt

Quote ninjago 23-12-2022 07:05 AM
syabas abg2 polis semua jalankan tugas. betul lah, nampak mencurigakan dah tugas dorg lah nak soal siasat.
Quote hanihan16 23-12-2022 07:09 AM
ya Allah, apesal i yang rasa termalu & merah muka mengenangkan ada polis ingat diorg ni tengah menjual dgn pakaian rupa itu. maksudnya, itula sebenarnya pandangan org awam bila ngko pakai gitu. mcm gro kot ye? bukan org suka tengok cekci cekca
Quote codenamedream 23-12-2022 07:22 AM
Sebelum go to twitter, if dollah buat police report dulu pasti tak dipermalukan begini.
Quote renko 23-12-2022 07:25 AM
Hahahahahahahahahahaha
Quote virgocircus 23-12-2022 07:28 AM
X pasal termalu haha. Tp apesap dorg kata lepas ade kete lalu situ, polis tu pun blah. Mcm2 hal
Quote lightheaded67 23-12-2022 07:33 AM
Edited by lightheaded67 at 23-12-2022 07:40 AM

lahhh.. itulah patutnya report polis dulu, aiol rasa normal ja marhaen curious/ rasa pelik, maybe dak fulis tu pon spisis tak kenalkn diri ke ape, mesti lah ingt depa duk mnyamar, sllu anggota muda2 mmg nonong pakej eksyen. mmg dh ade bnyk kan kes pulis mnyamar jd aiol rasa tak salah depa curious, cuma salah channel, patot g balai terus . soalan dak fulis tu pon pelik kan, hujung2 tanya kereta yg mai tu boyfren ke??
Quote Kurex 23-12-2022 07:47 AM
Kalau kumpulan pompuan ni jalan sebelah iols, iols ingat deols baru balik dari perpelisiran dekat bukit bintang
Quote asfaz 23-12-2022 08:08 AM
lightheaded67 replied at 23-12-2022 07:33 AM
lahhh.. itulah patutnya report polis dulu, aiol rasa normal ja marhaen curious/ rasa pelik, maybe da ...

Walhal balai polis Puchong Jaya dekat aje tu. Nak glamer nak viral . Sekali polis betul.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.080444 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top