CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Warga Emas Maut ATV Masuk Parit

22-12-2022 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1291| Komen: 7

Dua lelaki warga emas maut apabila kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) yang ditunggang mereka terbabas dalam parit di Jalan Kampung Seri Gambut di sini pada Khamis.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Hairon Nizam Zainal berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.06 malam.

Katanya, seramai enam anggota dan satu jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian.


Kenderaan ATV yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Seri Gambut Pontian. - Foto JBPM

"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan ATV terbabas ke dalam parit berhampiran.


"Terdapat dua orang mangsa iaitu penunggang dan pembonceng kenderaan ATV tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai lemas.

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dan memberikan rawatan awal, namun tiada tindak balas," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut Hairon, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 60an itu, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-12-2022 10:37 PM
ATV BBP FRT PBK banyak nau singkatan!
Quote Perawankota 22-12-2022 10:56 PM
Takut pulak nak main atv....
Quote jfq 22-12-2022 11:08 PM
Atv ni kira extreme sports ke.
Kalau accident covered by insurance ke?
Quote Dzahin_poch 22-12-2022 11:14 PM
Cuaca x elok ni activities extreme kena stop dulu lah.. bahaya
Quote lasagnaklcc 22-12-2022 11:22 PM
Diorg maut sbb lemas dlm parit. ATV persendirian kot.
Quote boo07 2-12-2024 08:10 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:27 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.211591 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top