CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Nak Saman Jawi RM10 Juta Sebab Fitnah Kahwin Lagi

22-12-2022 10:06 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 18662| Komen: 236|Original author: LilRose

Syamsul Yusof menerusi kiriman suara di aplikasi WhatsApp memaklumkan pihaknya akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya. 


Pengarah filem berusia 38 tahun itu berkata, saman sebanyak RM10 juta itu diputuskan selepas berbincang dengan peguamnya. 


Kredit foto: IG

"Mereka (Jawi) sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya, fitnah tidak benar dan boleh dikatakan palsu kepada saya. Mereka sudah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya sedangkan maklumat itu sekali lagi tidak benar, palsu dan boleh dikatakan fitnah kepada ahli keluarga saya.

"Sedangkan, perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu," katanya.


Kredit foto: IG

Syamsul bagaimanapun tidak mendedahkan butiran kenyataan fitnah yang didakwanya itu.

Katanya seperti dipetik dari Harian Metro, cukuplah dia berkongsi sebab untuk mengambil tindakan saman itu.

Pun begitu, Syamsul akan mengemas kini perkembangan isu itu dari semasa ke semasa.

Sementara itu, menerusi hantaran terkini di Instagram, Syamsul mendakwa JAWI telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu kepada keluarganya bahawa dia telah berkahwin lagi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minyakyuyi 22-12-2022 10:08 PM
pulak dah
Quote Hoshhi 22-12-2022 10:08 PM
Ini first time kan dia keluar statement pasal isu rumah tangga dia?
Quote epal_putih 22-12-2022 10:12 PM
Sol pon eh....
Quote kaedahnya 22-12-2022 10:15 PM
yaqqin menang ke cemana ni?
serius la saman fitnah.
bukan saman menyebarkan maklumat peribadi ke?
Quote Mamioomami 22-12-2022 10:17 PM
Pulak. So tak kawen lagi, tak cerai, tak balik rumah eh pening la.
Quote Lentera 22-12-2022 10:19 PM
Semoga puteri sarah kuat. Lepas satu, satu isu rumah tangga dia. Lantak la org nk ckp dia meroyan ke apa ke, yg tau je tau perasaan dicurangi dek laki sendiri
Quote riena3321 22-12-2022 10:20 PM
sujud syukur la ps
Quote MilanAdelynn 22-12-2022 10:21 PM
Pahal dia ni? Sian bini meroyan tapi laki tak respon
Quote hotzzplate 22-12-2022 10:28 PM
Zaman saman menyaman...setel dalam family xnak, dok pompang2 masing2...dok fitnah kejadah, xda sape tahu pon klu ko xkuar kk an statement camni..
Quote Straya 22-12-2022 10:30 PM
Egonya jantan ni.Hebat la konon movie mat kilau meletop. Dia ingat ni dekat US ke nak saman juta2.Lawyer jawi boleh aje nak drag kes ni bertahun tahun. Kerajaan kan they can afford to wait.

Just be a man la sol.Face to face ngn PS & parents selesaikan cepat2.Nyampah aku mamat sekor ni
Quote Diamondmoney 22-12-2022 10:30 PM
Paling kesian dan bodoh selamanya si anak kazar. Sol takde nk menikah dgn ko

Aku rasa sol bersuara bkn sb ps. Ps sllu buat hal sol buat bodo je. Ni mesti mak dia asik desak dia memacam smpai dia tak tahan ni
Quote nur_dania 22-12-2022 10:32 PM
Pelik betol si sol sol ni... dia takut kat sape sebenarnye nih?? Be a gentleman laaa.. aiyoooo..
Quote Cocoais 22-12-2022 10:34 PM
Apa nak susah boleh check je ic dekat jawi tu..bini boleh check
Quote doubleA 22-12-2022 10:37 PM
Pengecutnya solsolsol
Quote virgocircus 22-12-2022 10:47 PM
Dia mmg xamik peduli dgn ps ke? Ps meroyan kat ig bagai tu dia buat dono je. Keras ati ya? Kalo xnk pulang balik ke org tuanya secara baik.
Quote dino 22-12-2022 10:50 PM
tgk movie tazkirah agama bkn main…
lagu dakwah bagai haha
Quote downiey 22-12-2022 10:54 PM
so xkawen lagi la.. yg PS meroyan perli2 tu dpt info dr mane plak..
Quote Suchi 22-12-2022 10:55 PM
Abistu Jawi ke yg bgtau family dia dah kawen?
Lelaki kalau dh kawen tp tak ngaku kawen bukan ke leh jatuh talak?
Quote Madel 22-12-2022 10:56 PM
RM10 juta?..dlm mimpi pun nko tak akan dpt le, wpun bapak nko org berpengaruh

Lihat semua komen(236)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.100032 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top