Lelaki ditahan membuat provokasi dan menghalang tugas polis dalam kejadian di Jalan 16/11, Damansara pada Selasa gara-gara tidak berpuas hati disaman.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki tempatan itu disaman selepas dia ditahan di sekatan jalan raya kerana memandu sambil menggunakan alat telekomunikasi. "Selepas disaman, suspek melakukan provokasi dengan mempertikaikan kesalahan seperti di dalam saman dan turut merakam video kejadian. Fakhrudin berkata, anggota menasihatinya supaya menghentikan provokasi dan memberi kerjasama dengan menandatangani surat saman, namun dia enggan memberikan kerjasama.
Susulan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 187 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam. "Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis iPhone. "Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," ujar beliau. Sumber: Harian Metro |
sharlenetexas replied at 23-12-2022 01:35 AM
Daripada Sekeping Surat Samanmu
supernaturalee replied at 23-12-2022 08:07 AM
novel BDSM ke ni
saing2 50 shades
krustykrab replied at 22-12-2022 09:51 PM
Pengguna iphone yg sengkek
I.K.A888990 replied at 23-12-2022 01:06 AM
sapa2 ketuk sikit kepala hanat ni
hang buat salah boleh plak tunjuk gangster
airfilterkotor replied at 22-12-2022 11:48 PM
Slalu kalau selisih dengan spesis gini, aku saing tepi dia dalam 3-5 saat pastu hon.
Tau gelabah.
Ke ...
ADVERTISEMENT