Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew meraikan ulang tahun kelahirannya pada 21 Disember 2022. Menerusi entri di Instagram, Ebit berkongsi foto tersenyum gembira sambil memegang dua hadiah berbentuk jambangan bunga.
Katanya, dia kerap dihubungi Allahyarham ketika hayat masih dikandung badan setiap kali tibanya hari istimewa itu. “Setiap kali hari lahir saya 21 Disember, selalu mak saya call cakap “Selamat Hari Lahir Ebit, Mak sayang Ebit”. Rindu suara Mak. Hadiahkan Mak syurga Firdaus-Mu, Rindu Bapak,” kongsinya di Instagram. Dalam pada itu, Ebit turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada isteri, anak-anak, serta semua orang yang disayanginya.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Ebit. Sumber: Murai |
ADVERTISEMENT