CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Guru Besar Sekolah Rendah Agama Tak Mengaku Minta Dan Terima Suapan RM164,800

22-12-2022 09:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1055| Komen: 4

Bekas guru besar Sekolah Rendah Agama (SRA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan rasuah membabitkan jumlah RM164,800, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Kamaludin Sahlan, 50, mengaku tidak bersalah dah memohon dibicarakan sebaik kedua-dua pertuduhan dibicarakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.


Kamaludin mengaku tidak bersalah dah memohon dibicarakan sebaik sahaja kedua-dua pertuduhan dibicarakan. - Gambar ihsan SPRM

Berdasarkan pertuduhan, Kamaludin didakwa meminta dan menerima rasuah daripada lelaki berusia 52 tahun ketika bertugas di sebuah SRA di Petaling.

Suapan itu difahamkan untuk kerja-kerja selenggara dan menaik taraf bangunan serta infrastruktur SRA dalam daerah Petaling dan Kuala Selangor.


Tertuduh didakwa meminta 11 peratus dari nilai projek dan menerima RM164,800 menerusi pindahan atas talian ke akaun bank miliknya.

Rasuah itu juga sebagai dorongan serta membantu individu berkenaan mendapatkan kerja-kerja selenggara dan naik taraf bangunan serta infrastruktur SRA dalam daerah Petaling dan Kuala Selangor.

Untuk semua kesalahan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Kamaludin boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan di sebuah cawangan bank di Kota Kemuning, Shah Alam antara Mei 2019 hingga April 2021.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Mohd Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Pihak pendakwaan memohon tertuduh dikenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport untuk simpanan mahkamah dan melaporkan diri ke Pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dijamin RM30,000 dengan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Januari tahun depan. 


Sumber: Getaran





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-12-2022 07:56 AM
Nikmat hanya sementara..
Quote lightheaded67 23-12-2022 08:02 AM
amboi atas angen ja makan smpi ratus ribu.
ni yg kena tgkp yg tak kena tgkp ramai ja. tp kalau pmpuan dgn lelaki rasuah, dasyat lagi pmpuan (ni stakat yg aiol tau lah) smpi skrg chill lg makan suap rumah dh mcm istana lagi. tggu takde jawatan esok agknya bru kena tembak, yelh org mesti bg ja pikir sbb nk job, ko dh takde pegng jwatan ha siap..
Quote boo07 2-12-2024 08:13 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo04 13-12-2024 08:29 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047958 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top