Kemesraan pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen di media sosial menarik perhatian warganet apabila ramai pihak terinspirasi dengan kebahagiaan yang dipamerkan mereka.
Bersyukur dengan keharmonian rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun, Hanis berkata, perkara itu tidak akan berlaku tanpa kehadiran Hairul yang sentiasa mengutamakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. "Sebagai wanita saya suka dijaga, lebih-lebih lagi ada suami yang sentiasa melindungi serta sayangkan kita. Saya lihat Hairul menjalankan peranannya sebagai bapa dan suami secara serius. "Jadi, secara tidak langsung hubungan kami rapat. Saya sangat menghormatinya sebab dia lelaki yang bertanggungjawab," katanya.
|
Orix replied at 22-12-2022 07:08 PM
iols caya je hairul ni jenis lelaki yg baik tak mcm sol2....
Hoshhi replied at 22-12-2022 08:27 PM
Pastu? Aku kena buat apa?
ADVERTISEMENT