LIMA, PERU – Sebuah majlis graduasi di Peru bertukar menjadi ‘tragedi’ apabila lantai tarian runtuh sehingga membentuk satu lubang benam yang mengakibatkan puluhan remaja terjatuh ke dalam lubang tersebut, lapor akhbar New York Post.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku apabila kesemua remaja berkenaan meraikan hari graduasi sekolah tinggi di wilayah San Martin. Video yang dimuat naik pada 17 Disember lalu itu menunjukkan remaja-remaja tersebut menari dalam satu bulatan apabila lantai tarian runtuh secara tiba-tiba dan membentuk lubang benam. Selepas muzik dihentikan, tetamu yang lain bergegas membantu semua mangsa yang terjatuh dengan menarik mereka naik ke atas lantai.
Kesemua 25 remaja itu kemudian dikejarkan ke pusat kesihatan setempat, namun tiada kematian dilaporkan dan tahap kecederaan mereka tidak didedahkan. Punca kejadian itu masih tidak dijelaskan, namun laman berita Trome melaporkan bahawa lantai itu diperbuat daripada kayu dan tidak dapat menampung berat kesemua remaja tersebut. – CARI Sumber: Kosmo
|
Carcosa replied at 23-12-2022 12:06 AM
Dengar2 cerita, sampai skrg diorang teruskan menari dlm lubang tu
mojarean_X replied at 23-12-2022 07:02 AM
Teringat iols citer KKN Di Desa Penari
Carcosa replied at 23-12-2022 12:06 AM
Dengar2 cerita, sampai skrg diorang teruskan menari dlm lubang tu
airfilterkotor replied at 22-12-2022 11:57 PM
Takde rupa lantai kayu pun.
Simunggu replied at 23-12-2022 10:01 AM
lantai kayu ja...ini pun dah kecoh..
ADVERTISEMENT