Sejumlah sos pasta carbonara jenama Prego ditarik balik penjualannya di Singapura berikutan mengalami ‘kerosakan’. Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), perkara itu dimaklumkan oleh Kumpulan The Arnott’s yang menjelaskan kerosakan produk berkenaan diakibatkan ‘kesilapan dalam pembuatan’ melibatkan sos pasta bersaiz 665 gram.
Produk yang terjejas dengan nombor lot 2022081716, dikeluarkan pada 17 Ogos dari pukul 10.18 malam hingga 11.20 malam. Kesemua produk berkenaan mempunyai tarikh luput 17 Ogos 2023. Produk yang berasal dari Malaysia itu mungkin menunjukkan tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna luar biasa, struktur berair dan lapisan cecair yang terpisah.
Tambah SFA, pengimport Campbell Soup Asia tenggara (cawangan Singapura) sudah diarahkan untuk menarik balik kesemua produk yang terjejas tersebut. “Pengguna yang sudah terbeli produk yang terlibat itu tidak seharunya menggunakannya. “Bagi mereka yang sudah menggunakannya dan mengalami gejala tidak sihat, mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” jelas SFA. Selain itu, para pengguna boleh menghubungi tempat pembelian untuk meklumat lanjut. Sumber: Utusan |
limesherbet replied at 22-12-2022 08:59 PM
Pemalas je guna prego carbonara untuk buat kuah pasta....cook from scratch baru sedap & sihat makana ...
dani-rox replied at 22-12-2022 09:09 PM
mi spageti tu pun uli sendirik ke sis? untunglah banyak masa terluang
limesherbet replied at 22-12-2022 09:14 PM
Itu ok lagi..but kuah carbonara prego tak rasa authentic carbonara, rasa artificial. Kalau org tu ...
edayildiz replied at 22-12-2022 09:24 PM
fuh nsb baikk..mcmla masak
tp mmg plan nk beli jgk nnti nk buat popiah carbonara..i nk bg kwn ...
cap_ayam replied at 22-12-2022 08:47 PM
Kenapa ntah kaka rasa carbonara prego dalam tin lagi sedap dari dalam botol
gideoncross replied at 22-12-2022 10:00 PM
Popia Carbonara pling sdap uol, mkn x henti2 haha. Lgi2 klau dh thu buat sndri.
Orix replied at 22-12-2022 08:31 PM
iols kalau masak bolognese jah pakai prego... kalau carbonara iols pkai cooking cream + susu full cr ...
gideoncross replied at 22-12-2022 10:02 PM
Ada klainan ke brotha/sisthur? Sbb iol pun biasa pkai yg tin tu je.
cap_ayam replied at 22-12-2022 08:47 PM
Kenapa ntah kaka rasa carbonara prego dalam tin lagi sedap dari dalam botol
edayildiz replied at 22-12-2022 09:24 PM
fuh nsb baikk..mcmla masak
tp mmg plan nk beli jgk nnti nk buat popiah carbonara..i nk bg kwn ...
limesherbet replied at 22-12-2022 10:53 PM
Terliur pulak sebut popiah carbonara tu....nak buat lah nanti...tahun depan la...hujung tahun sis ...
ADVERTISEMENT