CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Keraguan Pada Barang Kes Diserahkan Ebit Lew

22-12-2022 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1506| Komen: 10

Terdapat keraguan terhadap barang kes yang dikemukakan Ebit Lew kepada pihak polis semasa rampasan awal dilakukan.

Itu keterangan saksi keempat, Asisten Superitendan Siti Nooraini Mohd. Sahid semasa pemeriksaan semula pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew,37, di Mahkamah Majistret hari ini.


Saksi memberitahu mahkamah, semasa rampasan telefon bimbit dilakukan daripada tertuduh, Ebit Lew pada 19 Ogos 2021, tiada sebarang telefon lain yang dikemukakan Ebit ketika itu.



Namun, semalam berdasarkan bukti yang diserahkan kepada mahkamah terdapat sebuah telefon bimbit lain direkodkan sebagai bahan bukti dalam kes ini.


Malah katanya, semasa perbicaraan berlangsung, pegawai penyiasat polis memaklumkan terdapat maklumat baharu berkaitan analisis telefon bimbit milik pengadu dari syarikat LGMS.

Laporan analisis digital itu diperoleh dalam bentuk soft copy dari syarikat LGMS, iaitu penyedia perkhidmatan keselamatan siber profesional pada 30 November lalu.

Saksi memberitahu mahkamah, maklumat berkaitan analisis digital telefon bimbit milik pengadu dari LGMS antara bukti baharu yang diperoleh penyiasat dalam perbicaraan kes ini.

Menurut Siti Nooraini, pihaknya mengambil dokumen atau analisis digital telefon bimbit tersebut bagi tujuan analisa untuk membuat perbandingan dengan maklumat dan dokumen sedia ada dalam kes ini.


Siti Nooraini Mohd. Sahid semasa menghadiri perbicaraan membabitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret, Tenom hari ini.

Terdahulu, menjawab pertanyaan peguam bela semasa pemeriksaan balas, beliau bersetuju bahawa siasatan mengenai maklumat atau bukti baharu dalam kes itu perlu bersifat adil kepada pihak pembelaan dan juga pendakwaan.

Siti Nooraini yang kini bertugas di Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak D11, Bukit Aman itu bersetuju supaya telefon bimbit milik pengadu turut dirampas bagi siasatan lanjut.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Maka, beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan kes dilakukan dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili peguam, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. 


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 22-12-2022 06:51 PM
Hp tu yg polis g ambush rumah dia kn
Katanya dia lupa bwk hp
Itu yg jmpa bukti ...aku syak csmtu
Tp penyembah faham ke lain diorg anggap ade konspirashit
Quote Perwira2022 22-12-2022 07:14 PM
Habis la ebit. Lain kali nak ngesex tu bijak la sikit..  Tapi kita pun maklum di tahap mana la sangat intelligent lebai ebit ni.. Sebab tu ceramah dia takde nilai intelligent & ilmu.. Hanya sekadar sarat elemen emosi sedih sayu dan narsisism mengangkat diri sendiri
Quote che-cikL 22-12-2022 07:19 PM
Sgt tak logik ye alasan (read tipuan) lupa bawa handphone pada zaman sekarang. Pastu perjalanan jauh ke Sabah pulak tu, alangkan gi kedai tak sampai berapa minit pun kita bawa phone, kut2 ada apa2 hal org2 kat rumah. Lebih2 lagi perjalanan tu mmg khusus untuk kes yg berkait langsung dgn handphone. Nampak nau tak logiknya.
Quote ellZack 22-12-2022 07:31 PM
Untuk bahasa mudah faham, EL ada dua phones, tapi yang EL bagi dekat polis satu saja. Buat kantoi ada dua phones sebab ada bahan bukti phone lain LGMS bagi. Kan?
Quote Rogue98 22-12-2022 07:36 PM
Apa daa...kesian famili kena tanggung malu. Wife stress sampai keguguran....
Quote cucutokwan89 22-12-2022 08:47 PM
Daku harap kes ini diselidik sampai ke lubang cacing. Siapa pun yg jadi mangsa, moga ada keadilan utk dia
Quote makadek 22-12-2022 09:04 PM
Kalaupun ending dia dua2 suka sama suka
Aku ttp puas hati sbb menujukn dewa sayu kuat menipu di sblik jubah
Quote Itzy 22-12-2022 09:26 PM
ebit lew duit banyak, bila2 masa boleh cari pompuan dia nak. Ni mesti ada betina yg x puas hati cinta ditolak so dia buat konspirasi shit untuk kenakan dan jatuhkan ebit lew. Maklum ebit ni banyak buat dakwah, so ada la kafirun yg x suka kat si ebit ni ditambah ada ustaz jeles yg nk tumpang populariti. Ada tertengok satu video lama ustaz ni cuba buat lawak time ceramah tapi kaku nau masa aku tengok kat youtube, last2 dia macam nk marah org x gelak.
Quote ladybugz 22-12-2022 09:33 PM
bab sexual ni i harap cepat la dpt keputusan walaupun proses ni mcm lambat n lembab aja. i nk sgt ada org yg kemukakan bukti mengenai salah guna crowd funding n audit tu .bagi i yg tu paling penting n will put the last nail to the coffin for scammer n future scammer. boleh jd tauladan pada yg lain. jgn simply menipu org ramai menggunakan agama.
Quote otai_g 22-12-2022 09:36 PM
Jd ni btl ke fitnah sbnrnya ni?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039511 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top