CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Canang Tak Ada Job Sebab Muka Tak 'Helok', Bila Offer Buat Senyap! Fadzil Teh Menyampah Dengan Artis Berhaluan Kiri

22-12-2022 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2736| Komen: 20

Fadzil Teh meluahkan kekecewaannya dengan sikap sesetengah pelakon yang dilabel sebagai 'berhaluan kiri'.

Fadzil yang juga pemilik syarikat produksi Zeel Production berkata, golongan itu sering mencanangkan pendapat bahawa mereka tidak menerima tawaran kerja kerana tidak memiliki paras rupa menarik, tetapi apabila ditawarkan, mereka gagal dari sudut komunikasi.


"Artis-artis yang berhaluan kiri ini maksud saya yang selama ini sering melontarkan luahan bahawa mereka tidak ditawarkan berlakon oleh syarikat produksi dan stesen TV.

"Mereka ini kerap mencanang perkara sama, tetapi bila dihubungi untuk ditawarkan tawaran kerja, tak menjawab panggilan dan tak ada maklum balas pula," katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG


Menurutnya, pihak syarikat produksi perlu melalui beberapa fasa dan pekerjaan yang dilakukan perlu dibuat dengan pantas untuk melancarkan proses dengan stesen TV.

"Bila kita tak tawarkan, kata stesen TV tak mahukan mereka kerana TV hanya mahukan pelakon yang berwajah menarik serta jambu. Bila orang tawarkan, komunikasi mereka pula sangat teruk.

"Apabila syarikat produksi dah dapat tawaran, kami perlukan jawapan segera sebab nak hantar nama kepada stesen TV. Tapi, bila dah seminggu cuba hubungi tapi tak ada sebarang jawapan, susahlah," katanya.

Menurutnya, dia ingin menambah warna dalam karya-karya terbitan syarikatnya pada tahun hadapan menerusi kerjasama dengan pelakon-pelakon 'method' ini.

"Dah banyak tahun saya dikatakan sering bekerjasama dengan pelakon yang ada rupa paras dan jambu saja. Jadi, untuk tahun 2023, saya rasa saya nak bekerjasama dengan mereka yang 'deep' dan pelakon-pelakon 'method' ini.

"Tapi, banyak pula kerenahnya. Bila nak pasangkan dengan hero atau heroin yang lebih komersil, ada pula persoalan itu dan ini. Banyak soal jawabnya pula daripada mereka yang berhaluan kiri ini.

"Jadi, saya selaku pihak syarikat produksi memaklumkan kepada pihak stesen TV untuk berikan masa lagi sehari. Kalau tidak ada sebarang jawapan, kami pun terpaksa tukar pelakon lain," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PocongTerbang 22-12-2022 07:12 PM
Ke sbb bayaran ciput?
Quote Pak.dolla 22-12-2022 07:19 PM
Rasanya retis tu saje je nak cari publisiti......ada je retis muka x helok tu keluar tv...kalau x buat citer simpati nnt xda org kenai kot?
Quote wirazam 22-12-2022 07:24 PM
Kann..biasalah kalau retis nak jadi heroin dan hero je...supporting actors X nak..kemain tul..
Sudahnya..kita disajikan dgn watak tan sri/pn Sri/datuk/nenek/jiran/ maid yg selalu kuar tv
Quote wirazam 22-12-2022 07:26 PM
Edited by wirazam at 22-12-2022 07:27 PM

Nak juga tgk watak tan sri pn Sri datuk nenek mak pak jiran dan maid yg berlakon metod katod nih..agaknya camana ye...adakah sampai tak?
Quote Perawankota 22-12-2022 11:22 PM
Dah dorg ckp dorg method, agaknya payment tak cukup method kottt
Quote adeqbun 22-12-2022 11:27 PM
Ego tggi kot pelakon method ni..xmau belakon drama2 leweh..nak yg deep jugak
Quote lotionmilo 23-12-2022 02:35 AM
Apa kelas dgn zeel production
Quote rosedemon 23-12-2022 07:14 AM
entahla  lantak kome lah
Quote arffa 23-12-2022 07:39 AM
pelakon method ni nak dipasangkan dengan pelakon professional agar lakonan ada impak, setakat pelakon yang asal dari instafamous depa tak mau la
Quote MadameOnion 23-12-2022 09:42 AM
muka kepam ni selalu acah2 A lister
Quote helicornia 23-12-2022 10:36 AM
agaknya watak2 bikin geli je tak mencabar langsung
tu depa tak nak
Quote renko 23-12-2022 11:07 AM
sapa tuuuuu
Quote silampumeja 23-12-2022 11:38 AM
Dia maksudkan amirul affendi n the geng ke
Quote nadie90 23-12-2022 12:38 PM
Edited by nadie90 at 23-12-2022 04:40 AM

Sebab yg boleh dipakai...sgt....& tgk/memilih pelakon2 & pasukan produksi jgk....kalau xboleh bagi kerjasama 'artis berhaluan kiri' ni tolak....bila dah xdak offer projek baru keluar lah artikel stesen TV, Pengarah2 smua nak pelakon yg muka elok utk berlakon drama...lol
Quote lovelytouch 23-12-2022 12:40 PM
Contoh retis berhaluan kiri chuolss
Quote 800214 23-12-2022 12:54 PM
lovelytouch replied at 23-12-2022 12:40 PM
Contoh retis berhaluan kiri chuolss

amirul affendi tu haluan mana agak2?dia oun selalu merempan org tak ambik berlakon sbb muka x ensem
Quote tintin22 23-12-2022 12:56 PM
kezahhhhh
Quote lotionmilo 23-12-2022 12:58 PM
arffa replied at 23-12-2022 07:39 AM
pelakon method ni nak dipasangkan dengan pelakon professional agar lakonan ada impak, setakat pelako ...

Betullllll
Quote lotionmilo 23-12-2022 12:59 PM
800214 replied at 23-12-2022 12:54 PM
amirul affendi tu haluan mana agak2?dia oun selalu merempan org tak ambik berlakon sbb muka x ense ...

Heols berlakon dgn mf,zizan  cite bengong bengong tu ok jurr

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.098506 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top