CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilu Hati Anak 12 Tahun Tengok Ibu Meninggal Depan Mata Dalam Perjalanan Ke Klinik

22-12-2022 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1494| Komen: 6

Berat dugaan anak berusia 12 tahun melihat ibunya meninggal dunia depan mata dalam perjalanan ke klinik di Dataran Senawang, Ahad lalu.

Nur Qaleesya Adilah, 12, yang juga anak sulung dari tiga beradik berkata, dia menemani ibunya, Norazmira Abdul Wahab ke klinik selepas Allahyarhamah mengadu sesak nafas.



Nur Qaleesya (kanan) menunjukkan gambar Allahyarham Norazmira. Turut kelihatan Mohamad Nazrul (kiri) bersama dua lagi anaknya.

"Lebih kurang jam 4 pagi dia (arwah ibu) kejutkan saya beritahu mahu ke klinik untuk mendapatkan bantuan pernafasan.

"Ketika dalam perjalanan, kereta dipandu (arwah) ibu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke dalam longkang," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Persatuan Cakna Rasa Sayang di rumah neneknya di Taman Alamanda, Senawang di sini pada Khamis.


Kata Nur Qaleesya, selepas kejadian itu ibu terus tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan di lokasi.

Jelasnya, Allahyarham sememangnya mempunyai masalah asma yang agak teruk sejak kecil.

Sementara itu katanya, dia mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk memasuki asrama kerana mahu membantu ayah menjaga dua adik yang masih kecil iaitu Mohamad Qhalish, 7, dan Nur Qaleesya Adileena, 3.

"Dah lama saya simpan hasrat masuk asrama kerana mahu belajar berdikari. Permohonan untuk masuk asrama pun dah dibuat.

"Tapi nampaknya saya mungkin terpaksa batalkan hasrat itu. Kalau saya masuk asrama, siapa yang nak tengok-tengokan adik," katanya.

Sementara itu bapanya, Mohamad Nazrul Nor Azmir, 39, yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja dan dalam perjalanan ke Melaka.

"Lebih kurang jam 4.30 pagi saya terima panggilan daripada Nur Qaleesya yang beritahu dia dan ibunya terbabit kemalangan.

"Saya buat keputusan berpatah balik ke Seremban dan sebaik sampai di lokasi setengah jam kemudian saya hanya mampu tergamam apabila diberitahu isteri sudah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, kehilangan isteri sekelip mata menyebabkan dia terpaksa mengubah sepenuhnya jadual kerjanya selepas ini.

Ini kerana kata Mohamad Nazrul, selama ini isteri yang mengambil peranan sepenuhnya mengurus anak-anak di rumah.

"Saya selalu kerja luar, jadi arwah yang banyak membantu urusan di rumah.

"Bila diberitahu isteri dah meninggal saya rasa macam mimpi, tak percaya. Tapi saya reda dan kini hanya fikir mahu besarkan anak-anak," katanya.


Sumber: Sinar Harian 





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 22-12-2022 06:30 PM
Fuh luruh hati anak...

Quote hareeeesah 22-12-2022 07:27 PM
Semoga dipermudahkn urusan mereka sekeluarga. Ada yg membantu so ayah nya boleh keluar cari rezeki utk anak-anak.
Quote orkidorkido 22-12-2022 07:54 PM
Takziah kepada keluarga
Trauma anak dia
Semoga Allah permudahkan buat kamu sekeluarga, insyallah. Amin
Quote liyamariska 23-12-2022 06:46 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Quote Bawang123 23-12-2022 08:16 AM
Harapnya janganlah si bapa letakkan tanggungjawab ibu itu kepada anak ni.
A kid shouldn't raise another kid.
Berilah dia kehidupan normal sebagai anak.
Quote Suchi 23-12-2022 06:01 PM
Sepatutnya dia call ambulans, tak seharusnya dia memandu dlm keadaan kritikal camtu apapun menda dh nk jadi.
Semoga keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan, sian si kakak dia la nnt kena pikul tanggungjawab semntara waktu.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.031317 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top