CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 4 Tahun Terperangkap Dalam Mesin Mainan Patung Arked

22-12-2022 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 928| Komen: 3

BRISBANE, AUSTRALIA – Seorang kanak-kanak di Queensland, Australia menjadi sensasi media sosial selepas video rakaman menunjukkan dia terperangkap di dalam mesin mainan patung arked tular di internet, lapor portal berita MailOnline.


Poppy Pearson  yang berusia empat tahun masuk ke dalam mesin mainan tersebut selepas mengikuti arahan kakaknya, Savannah, dan cuba mengambil patung beruang dari dalam mesin tersebut.

Ibu mereka, Melanie Pike dan pasangannya, Brett Pearson memberitahu akhbar Daily Mail Australia bahawa mereka tidak dapat menahan diri daripada ketawa melihatkan aksi lucu Poppy.


Foto: FB

“Brett ialah seorang tukang kayu, jadi saya tahu dia boleh mengeluarkan Poppy.


“Dia memang seorang hero. Saya hanya ketawa dan terus merakam video itu,” kata Melanie.

Tambahnya, sejak video tersebut tular di media sosial, Poppy telah menjadi ‘selebriti segera’ dan dikenali ramai orang.

“Dia memberitahu rakan-rakannya bahawa dia sudah popular sekarang,” kata Melanie.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 22-12-2022 09:21 PM
padan muka. nakal la lagi
Quote rosedemon 23-12-2022 06:57 AM
elok jgn diselmatkan budak nakal macam ni
Quote supernaturalee 23-12-2022 08:26 AM
now she's become stuffed toys
let's get her



muahahahaha

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 1.142040 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top