Julia Farhana Marin tidak malu apabila mengambil keputusan berkahwin dengan bekas suami orang. Julia berkata, urusan jodoh adalah perancangan Tuhan dan dia tidak mengambil hak sesiapa.
"Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Lagipun kita bukan rampas hak orang. Kebahagiaan itu perlu dicari," katanya dalam hantaran di TikTok. Menerusi perkongsian itu, Julia turut berkongsi foto perkahwinannya dengan bekas suami selebriti, Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang diadakan di sebuah hotel di sini, pada 14 Disember lalu.
|
ADVERTISEMENT