CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Lionel Messi Mahu Diabadikan Di Wang Kertas

22-12-2022 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 899| Komen: 3

Buenos Aires: Sebuah akhbar Argentina mendakwa pihak berkuasa kewangan negara itu mempertimbang untuk mengabadikan gambar Lionel Messi di wang kertas 1,000 peso.

Ia memandangkan wang kertas berkenaan mempunyai nombor '10' di hadapannya.

Menurut akhbar El Financiero, pegawai di agensi berkenaan mahu mempertimbangkan cadangan berkenaan untuk meraikan kemenangan Argentina menjulang Piala Dunia Qatar 2022.


Foto: Agensi

Cadangan itu awalnya hanyalah gurauan, namun selepas itu, akhbar itu mendakwa, Bank Negara Argentina dilaporkan tertarik dengan cadangan berkenaan.

Bank Pusat Argentina pernah memperkenalkan syiling khas bagi memperingati kemenangan pertama negara itu pada Piala Dunia pada 1978.


Media sebelum ini melaporkan Argentina menamatkan penantian selama 36 tahun untuk menjulang trofi Piala Dunia, mengatasi Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail, Qatar.

Ini selepas kedua-duanya terikat 3-3 sehingga 120 minit perlawanan.

Kejayaan turut menyaksikan pasukan bimbingan Lionel Scaloni itu menamatkan dominasi 20 tahun pasukan Eropah.

Messi juga dipilih memenangi Bola Emas iaitu pemain terbaik Piala Dunia 2022 selepas membantu Argentina muncul juara dengan menewaskan Perancis pada aksi final.

Kejayaan itu menyaksikan pemain berusia 35 tahun itu muncul pemain pertama memenangi dua kali anugerah berkenaan selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik pada Piala Dunia 2014. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 22-12-2022 06:09 PM
Oliver Giroud tersenyum jambang
Quote rosedemon 23-12-2022 06:56 AM
wow kemain ko mesi
Quote Suchi 23-12-2022 06:03 PM
Moga dia terus bersara la lepas ni, kang kalau main lagi pastu kalah abis dibakornya duit

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.027188 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top