JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Cerenti, wilayah Riau mengalami detik cemas dalam hidupnya apabila bahagian hujung zakarnya terputus ketika sedang menjalani proses bersunat, lapor laman berita Okezone.
Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikatakan menyertai acara bersunat beramai-ramai di sebuah klinik swasta pada 18 Disember lalu. “Kami sempat merawatnya namun, disebabkan keadaannya yang agak teruk, kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Daerah Arifin Achmad Pekanbaru,” kata Pengarah Hospital Daerah Taluk Kuantan, Kuansing Irvan Husen. Menurut maklumat, pemilik klinik tersebut melakukan proses menyunat kanak-kanak dengan bantuan beberapa kakitangan kesihatan.
Ketika mengkhatan mangsa, mereka secara tidak sengaja terpotong bahagian hujung kemaluan mangsa sehingga putus yang menyebabkan aktiviti bersunat beramai-ramai itu dihentikan serta-merta. Dalam pada itu, Ketua Persatuan Khitan Indonesia, Dr. Darsono berkata, zakar yang putus dapat disambung semula namun, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya enam jam selepas ia putus. “Jika lebih dari enam jam, tisu bahagian tersebut kebiasaannya sudah mati,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
CiliPadiSedap replied at 22-12-2022 06:10 PM
dh tiba masa sunat guna microscope
green~tea replied at 22-12-2022 07:10 PM
Eh anak iols sunat umur 3 hari kat spital dulu pakai ring plastic aje... tak pakai microscope pun ...
CiliPadiSedap replied at 22-12-2022 07:44 PM
ring plastic tu apa? macam kacip sireh ye?
entahlah kadang tugas2 bedah sunat ni janganla ...
ADVERTISEMENT