Baru-baru ini, tular sebuah rakaman memaparkan seorang ustaz menghembuskan nafas terakhir ketika menyampaikan tazkirah.
Kejadian menyayat hati berlaku di Sumedang, Jawa Barat itu disaksikan beberapa individu yang hadir dalam majlis ilmu berkenaan. Menurut saksi kejadian, Allahyarham sempat beristighfar dan melafaz kalimah syahadah dengan bantuan beberapa individu di sisinya sebelum menarik nafas akhir. Difahamkan, punca pemergian adalah disebabkan komplikasi jantung dialaminya. Malah, beberapa hari lalu, Ustaz Sutisna sendiri sempat menguruskan segala persiapan berkaitan ceramah yang bakal dihadiri oleh Ketua Dewan Perwakilan Daerah ini. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak berhenti mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Selain itu, seorang jirannya menyifatkan Ustaz Sutisna berkenaan merupakan seorang yang baik. Sumber: Kisah Dunia |
ADVERTISEMENT